Monday, February 25, 2019

لا تكسل ! 😡

Hai korang..hehe..dah masuk sem 2 ni msti semua orang ada azam masing masing kan. Semoga azam korang menjadi kenyataan..aku doakan utk korang..hihi..So harini aku nak kongsi satu kata kata utk korang .Kata kata ni aku ambik dri pepatah arab.  

"اجهد ولا تكسل ولا تك غافلا فندامه العقبى لمن يتكاسل  "

Pepatah ni berbunyii   "Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermalas-malas dan jangan pula lengah kerana penyesalan itu bagi orang yang malas." 💓

Jadii kita sebagai penuntut ilmu rajin rajinkanlah diri tu buat kerja yang lecturer bagi kalau rasa nak berjaya lah..hihi..tanamkan dalam diri tu semangat nak cari ilmu . jangan sampai kita menyesal nnti tau. menyesal tkde guna. tanamkan azam dan niatkan betul betul nak cari ilmu..korbankan sikit rasa malass itu..kelak pengorbanan itu akn beri kemanisan utk kita semua. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat bermalas-malasan yerr. 💚


Hasil carian imej untuk try hard study

FIRST DATE 💕


💔💗




Assalamualaikum w.b.t 💚💚
hai👋 meh nak habaq hari first kita org punyer la excited dan happy nak masuk kelas terjemahan arab sampaikan datang ke kuliah awal 20 minit, maklum lah kan hari first kuliah kan so dtg la awal, tapi adakah ia akn kekal datang awal sehingga ke kuliah terakhir, so, kita tengok la sampai hari terakhir minggu ke - 14, haa di atas tu kita org letak gambar sebagai bukti kita org dtg awal, so alang-alang xder org datang lagi kita org guna lah peluang yg ada dengan fullkan memory dengan selfie beramai-ramai . haha . camnie lah contoh student zaman sekarang bukannya nak baca buku tapi berselfie, kalau dh ada org dtg segan la sikit nnti dikatakan bajet selfie bak kata orang dikecam oleh netizen, cewahh ayt macam laa kita org nie org femes mcm artis-artis atau budak viral, haha, ermmm, korang doakan kita org semoga terus istiqamah untuk dtg awal ke kelas, seterusnya pulak, masa ustazah datang kedepan kita org sangkakan ustazah seorang yang garang akan tetapi bila ustazah dah perkenalkan diri dan buat adegan yang mmbuatkan kita orang gelak finally kita org tahu ustazah memang seorang yang baek hati betul lah org kata tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal maka jatuh cinta, so sweet kan kan kan💖

OBJEKTIF PENUBUHAN BLOG

Assalamualaikum..

Sebenarnya kitorang ni tak la pandai sangat nk berblog-blog ni. Tapi kitorang cuba dalam makna lain try hard la kata org . Jadi, tertubuhlah blog ni haa...







Motif blog ni ditubuhkan adalah untuk :

1- Memenuhi keperluan kursus PPPJ 1213 Terjemahan Arab-Melayu-Arab I.
2- Berkongsi apa yang dipelajari sepanjang tempoh pembelajaran kursus ini.
3- Mengkaji perbezaan bahasa asing dengan bahasa ibunda kita.
4- Menunjukkan Bahasa Arab merupakan bahasa yang menarik untuk dipelajari.
5- Mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk menterjemah.

Semoga objektif blog ini dapat dicapai dan memberi manfaat kepada para pembaca. 😄


Thursday, February 21, 2019

DINDA DINDA ARABIANS

Assalamualaikum semua. korang tak nak kenal ke dinda dinda arab ni? Jom kita kenal eh. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan. First post kan, mestilah nk kenal kan. Ok jom.




haaa..ni lah dinda dinda arab tu. Meh saya perkenalkan satu persatu ye. Mesti semua tak sabar kan😊😍



-Nur Afiqah Athirah Binti Mohd Rushdi
-A168111
-Berasal dari Sungai Petani, Kedah Darul Aman
-Sekolah di Maktab Mahmud Alor Setar
-UKM, Bangi


-Nur Fatin Nabilah Binti Ibrahim
-A167942
-Asal dari Kuala Krai, Kelantan Darul Naim
-Sekolah di SMU(A) Falahiah Sungai Sok
-Sambung STAM di Maahad Rahmaniah Kuala Krai
-UKM, Bangi.



-Madihah Binti Ismail
-A168146
-Asal dari Yan Besar, Kedah Darul Aman
-Sekolah di Maktab Mahmud Merbok
-sambung STAM di Maktab Mahmud Alor Setar (nomad sikit)
-UKM, Bangi




-Nur Nadhirah Binti Pathulmubin
-A168114
-Asal dari negeri cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim
-sekolah di Maahad Muhammadi Perempuan
-UKM, Bangi.


Kitorang semua dari JABATAN PENGAJIAN ARAB & TAMADUN ISLAM ataupun dgn nama lain PUSAT TIMUR TENGAH DAN NUSANTARA (PuTERA). Biasa ja dari kitorang. Harap korang enjoy dengan blog ni. In sya Allah. Jumpa lagi..BYE😊😊