Sunday, April 28, 2019

pentingkan budaya !

Assalamualaikum semua, kita berjumpa lagi di blog ini, pada kuliah lepas enam orang sahabat kita telah membentangkan dan menceritakan tentang kuliah yang ke sembilan iaitu menterjemah unsur budaya. Saya sangat kagum dengan kawan kawan yang bentang tu,hebat belaka. Banyak sangat yang telah disampaikan oleh mereka antaranya definisi kebudayaan, fungsi kebudayaan, sifat kebudayaan dan lain lain. Seperti kita tahu ,dalam kita menterjemah sesuatu turut melibatkan budaya kerana budaya bermaksud tamadun, kelakuan kita serta cara kita berfikir dan sebagainya manakala kebudayaan pula keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,berkelakuan dan berfikir. Jika tiada unsur budaya dalam terjemahan kita ia akan memberi kesan kepada apa yang kita terjemah itu. Hal ini kerana semua itu bermula dengan cara kita bertindak dan berfikir dalam menterjemah. Jika kita menggunakan unsur budaya dalam terjemahan kita ia akan menghasilkan teks yang bermutu tinggi. Ada empat pembahagian dalam unsur budaya iaitu budaya ekologi,budaya ideologi,budaya sosial dan budaya material. Setiap pembahagian ini mempunyai contohnya. Untuk mengelakkan kesukaran dalam menterjemah unsur budaya kita perlulah rujuk kawan kita iaitu kamus. Yang itu saja saya dapat kongsi, yang lain itu kita boleh kaji dekat slide ustazah yaa. :)❤❤

teknik terjemah peribahasa

Image result for terjemahan melayu arab


Assalamualaikum semua, harini saya nak kongsi sedikit berkaitan dengan menterjemah peribahasa. Sebenarnya saya baru tahu terdapat beberapa teknik untuk menterjemah peribahasa. Antaranya, teknik memperjelaskan makna contohnya sweeheart diperjelaskan jadi  kekasih dan diterjemahkan kepada حبيب untuk lelaki atau حبيبة untuk perempuan. Jadi bila tahu teknik untuk menterjemah peribahasa tu kita akan jadi lebih faham. Beberapa langkah juga perlu diambil untuk mengelakkan kesalahan terjemah. Antaranya bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber, bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber serta gunakan kamus. Kamus itu penting untuk menambah lagi perkataan kita dalam bahasa arab. Sekian dari saya, 💚

Friday, April 19, 2019

tiada benda yang senang❤

Image result for emoji love

Assalamualaikum semua..semoga semuanya didalam lindungan Allah selalu ya. Moga sentiasa iqstimah dan diberi kekuatan ya dalam mengaji❤ meh saya nak semangatkan korang semua dengan kata kata dari seorang ulama' ni.

'Putus-asa selepas bersusah-payah berpunca pada niat permulaan yang salah..'(Muhammad Ahmad Arrasyid)

Nak berjaya bukan senang kan,begitulah syurga, Kita sebagai hamba ni kena sentiasa bersusah payah.
Takde dalam sejarah, orng yg dijamin syurga hidup dlm keadaan senang. Semuanya diuji dengan ujian yang hebat. tnya diri balik, kenapa mereka boleh mengharungi segala ujian dengan baik, tanpa berputus asa? Semuanya kerana niat, kerana niat mereka berubah dan berjuang itu jelas kerana Allah. bukan kerana lain.

Kerana itu, kita susah nak istiqamah, kita cepat putus asa dan down,lemah semangat dan sebagainya. kerna apa, kernaa niat kita tak jelas dan tak bersungguh-sungguh. Niat kita kecil. Niat kita tak terang dan kabur. Jadi, sentiasalah perbetulkan niat kita. Allah itu sebaik baik penolong.

Ayuh, sama-sama cek diri dan sentiasa baiki niat insyaAllah!❤

Tuesday, April 16, 2019

Cerita Ringkas III

Related image

Assalamualaikum w.b.t.. 
Apa khabar org yang baca blog ni ?? Semoga sihat belaka laa .. Tambah sekarang cuaca tak menentu , kadang panas kadang hujan. Jadi, kena jaga kesihatan tu lebih sikit la dari yang kebiasaan. hehe. 

Kalau dilihat pada gambar atas tu,, memang betul-betul mengingati mati lahh. Ye lah ,, MATI tu kan perkara yang paling hampir dengan kita. Ayuhlah kita bermuhasabah diri.. 

Bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah ?
.
Bagaimanakah dengan amalan kita ?
.
Apa khabar pahala kita ? 
.

Maka, marilah sama-sama kita perbaiki amalan kita.. Mempersiapkan diri kita agar sentiasa bersedia untuk bertemu dengan Allah. kerana MATI itu PASTI..

Di sini saya ada sediakan kisah Juha yang sangat ringkas sekadar sebagai hiburan untuk kita. Semoga para pembaca sekalian terhibur..



سَأَلَهُ رَجُلٌ أَيُّهُمَا أَفْضَلُ يَا جُحَا، الـمَشْيُ خَلْفَ الجِنَازَةِ أَمْ أَمَامَهَا؟

فَقَالَ جُحَا: لَا تَكُنْ عَلَى النَّعْشِ، وَامْشِ حَيْثُ شِئْتَ

Terjemahannya:

Seseorang bertanya kepada Juha, "Wahai Juha, manakah yang lebih utama, berjalan di belakang jenazah atau di depannya?"

Juha menjawab, " Kamu jangan berada di dalam keranda, dan berjalanlah di tempat yang kamu sukai !"

Sunday, April 14, 2019

Cerita Ringkas II

Image result for wallpaper kasut




Assalamualaikum w.b.t.. 
Semoga semua yang membaca blog ni sentiasa di bawah perlindungan-Nya.. Aamiinn..

Harini nak kongsi salah satu cerita arab tentang Juha. Juha ni terkenal dengan sikapnya yang penuh helah dan menghiburkan. Jadi, ayuh kita berhibur bersama cerita Juha yang kehilangan kasutnya.. 

 وَلَمَّا خَرَجَ جُحَا مِنَ المَسْجِدِ. وَلَمْ يَجِدْ حِذَاءَهَ

 فَوَقَفَ يَصْرُخُ أَمَامَ النَّاسِ بِصَوْتِ تَهْدِيْدٍ:

 " أقْسِمُ بِاللهِ, إنْ لَمْ تُحْضِرُوْا لِيْ حِذَائِيْ فَسَأَفْعَلُ كَمَا فَعَلَ أبِيْ! "

 تَجَمَّعَ النَّاسُ حَوْلَهُ مُنْدَهِشِيْنَ ثُمَّ سَأَلُوْهُ: " وَمَاذَا فَعَلَ أبُوْكَ ؟؟ "

 فَقَالَ مُهَدِّدًا: " أحْضِرُوْا لِيْ حِذَائِيْ وَإلاَّ فَعَلْتُ كَمَا فَعَلَ أبِيْ "

 فَخَافَ النَّاسُ مِنْهُ وَأحْضَرُوْا لَهُ حِذَاءً جَدِيْدًا ثُمَّ سَألُوْهُ:قُلْ لَنَا يَا جُحَا مَاذَا فَعَلَ أبُوْكَ ؟؟ "

 قَالَ : " ذَهَبَ إلى البَيْتِ حَافِيًا! "

Terjemahannya: 

 Ketika Juha keluar dari masjid, Dia mendapati kasutnya tiada.

 Lalu dia pun menjerit di hadapan orang dengan suara yang memberi amaran:

Aku bersumpah dengan nama Allah. Sekiranya kalian tidak memulangkan kasutku, akanku lakukan sebagaimana yang ayahku telah lakukan!!  " 

 Semua orang berkumpul di sekelilingnya dengan hairan dan bertanya kepadanya : "Apa yang ayah kamu telah lakukan??"

 Lalu Juha berkata sambil memberi amaran : " Berikan kepadaku kasutku, jika tidak, pasti aku akan lakukan apa yang ayah aku telah lakukan !"

 Maka semua orang merasa takut, lalu mereka memberikannya kasut yang baru kemuadian bertanya kepadanya: " Katakan kepada kami wahai Juha, apa yang telah ayah kamu lakukan ??"

 Juha menjawab: " Ayahku pulang ke rumah dengan berkaki ayam".


Haa,, Faham ke tak cerita ni ?? Faham kann.. Mudah je perkataan yang dia guna.. 
Nampak tak helah yang Juha gunakan ? Hahaha. Semua orang di masjid tu tertipu dengan Juha. Agak2 lepas Juha jawab macam tu, apalah reaksi orang di masjid tu kan .. Harapnya Juha tak kena pukul sudahlaaaa.. 😆

Setakat ni dulu.. Moga tak hambar yaaa.... hehe

ZUHUD DALAM KEHIDUPAN


عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ 

أَحَبَّنِي اللَّهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ 

يُحِبُّوكَ


Dari Sahl bin Sa'd As Sa'idi dia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi SAW seraya berkata, "Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku." Rasulullah SAW bersabda: "Berlakulah zuhud dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain nescaya kamu akan dicintai oleh manusia."
(HR Ibnu Majah No: 4092) Hadis Sahih

Ha, Zuhud bermaksud bersederhana dalam kehidupan, tak memandang dunia melebihi akhirat namun dalam masa yang sama tidak meninggalkan dunia secara keseluruhan.
😊😉 
Disini nak bagitahu, orang yang zuhud itu bukanlah tak memiliki dunia atau meninggalkan segala nikmat-nikmat dunia.

Boleh jadi nikmat dunia yang dimilikinya lebih banyak dari orang lain atau dia mengendalikan dunia dengan banyaknya. Tapiii, nikmat dunia yang banyak itu, yakni yang dimilikinya atau yang dikendalikannya itu tidak sedikit pun terjatuh ke dalam hatinya. Bahkan dunia itu ada atau tidak, sama sahaja baginya.

Dia memiliki nikmat dunia adalah dengan tujuan agar dunia itu dijadikan alat untuk membolehkannya beribadah kepada Allah SWT dan berkhidmat sesama manusia.
💗😃😊

Dunia yang dimilikinya itu dijadikan jambatan untuk ke Akhirat. 
Sebagaimana sabda Rasulullah :
“Dunia itu adalah tanam-tanaman untuk Akhirat.”
(Riwayat Al ‘Uqaili)

Akan tetapi zuhud tanpa keikhlasan tidak mendapatkan apa-apa melainkan menjadikan seseorang itu bersikap riak dan takabbur











Saturday, April 13, 2019

SYUKURI NIKMAT






Assalamualaikum wbt semuaa.😄

Hari ni cerita something pasal “syukuri nikmat”💗

Ramai manusia sukar bersyukur ats limpahan nikmat Allah pd mereka. Sungguh! Orang yg sentiasa brsyukur adalah golongan minoriti yang selalu dipuji Allah:

اعْمَلُوا اّلَ دَاوُودَ شُكْرًا وقليل مِنْ عِبادِيَ الشَّكُورَ
Ertinya: (setelah itu Kami perintahkan):
“beramal-lah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” DAN SEMEMANGNYA SEDIKIT SEKALI ANTARA HAMBAKU YANG BERSYUKUR (saba’ [34:13])

Nikmat pendengaran dan penglihatan antara nikmat yg sngt penting utk manusia. Apa akn jadi jika Allah tarik seketika pinjaman 2 deria ini daripada kita. Hidup kita boleh jd huru hara & tak keruan. Apabila ianya hilang, barulah kita sedar dan faham besarnya kuasa Allah yg meminjamkan 2 deria ni.
Rasulullah SAW juga mengajar kita doa agar segala deria ini dikekalkan:

ومتَّعْنا بِأسْماعنا وأبصارنا وقوَّتنا ما أحْيَيْتنا واجْعَلْه الوارِثَ مِنَّا

Ertinya: Dan berilah kesenangan kepada kami pada pendengaran, penglihatan dan kekuatan selama Engkau masih menghidupkan kami (Sunan al-Tirmidhi)

Jika kita gagal menggunakan deria tu sebagaimana kehendak Allah, maka kita jauh lebih buruk daripada binatang. Haaa, jadi gunalah nikmat yg Allah beri tu sebaik mungkin sbb ramai lg orang di luar sana tak ada nikmat seperti yg kita ada😉 Ok lah, ini saja utk post kali ni...harap bermanfaat kepada semua😊😘

Friday, April 12, 2019

cutiiii serta niat :)

Image result for muka malu


haiii semua,,hihi mstii semua tngh seronokk cuti midsemm kan, sekejap punnn berguna utk kita.. Time ni laa kita nak lps rndu dkt familiii kita, tmbh2 mak ayh kita❤ kadang kadang bilaa cuti kat rmh nii mulalahh malass nak balik ukm dh huhu:( tapi tu lahh niatt tu pentinggg yaaa..hehe semua kita buat semuaaa brmula dri niat ! so sebelum nk bt sesuatu tu hadirkan niat sebelum kita lakukan amalan tu ataupun seiring dgn amalan trsebut. cth: kenapaa kamu senyum? sbb senyuman tu mampu menggembirakan orang sekeliling kamu, itupun dah dpt pahala, inshaAllah kita akn diberi ganjaran dgn sbb niat yang baikk! ehhh sebuttt pasal cutii tetiba dh masuk niat dah..hehee. saya tulis ni pun niat jugak ni haha,niat supaya apa yg saya tulis ni manfaat utk korang semua.. so yg pnting niat yee kawan kawan. saya pun tk smngt jugakk, tapii demi ilmu kita kena smngtt! biarlah penantian itu satu penyiksaan kelak pengorbanan itu kemanisan buat kita semua :)

May Allah ease everything!! byee semua hehe.

katakan pada hati

Related image

Assalamualaikum semua, hehe semoga semuanya sentiasa baik dan sihat hihi, bosan2 ni saya nak kngsi sikit kata kata dari ceramah Ustaz Pahrol. Haa mcm nii kata kata tu hehe.. 

    "Ramai yang tidak mahu mendaki kerana takut jatuh. Hakikatnya dia telah pun jatuh sebelum        mendaki " 

    "Tetapi lebih ramai yang enggan bermuhajadah kerana takut kalah. Hakikatnya dia telah kalah sebelum bermuhajadah "

   So dkt sini manusiaa ni selalu sngt cpt give up dan tak yakin dgn diri sndiri sebelum buat sesuatu. Cuba kita renung balik, sekiranya kekalahan dalam bermuhajadah menjadi perkiraan maka kita akn kecewa. Mujurlah penilaian Allah tdk begitu. Allah menilai sejauh mana kita tdk mngalah walaupun sering kalah dalam bermuhajadah.! Hakikatnya kesungguhan kita dan keikhlasan kita yang penting dlm bermuhajadah, barulah kita tidak lelah.

  Jadii,selagi kita terus melangkah, selagi itulah kita tdk akn rebah. Bermuhajadahlah sampai ke tahap kita letih untuk berasa letih.! Yang pentingg sentiasalah bermuhajadahlah kearah kebaikan. Allah takkan sia siakan usaha kita.❤

D.A.K.W.A.H 🖊️



Assalamualaikum w.b.t, hai semua 🤭 harini saya nak share satu perkongsian yg saya dapat sewaktu saya mengikuti satu Program iaitu dibawah anjuran Ikatan Relawan Dakwah Malaysia (IRDAM)
sewaktu disana salah satu slot yg mmbuatkan saya tertarik ialah perkongsian mengenai Dakwah Islamiyah iaitu daripada Prof. di Universiti Kebangsaan Malaysia 🤓 hehe namanya biarlah rahsia 🤪

Tiada Dakwah Tanpa Jihad,
Tiada Jihad Tanpa Dakwah.

🌴itulah tagline yg sentiasa didengari sewaktu slot itu sedang berlangsung, tagline itu sungguh padat dengan info penting🌺 Jom kita masuk kepada tajuk kita iaitu Dakwah 🍃

☘️Apa itu Dakwah ?
Dakwah ialah berjuang ke jalan Allah S.W.T dengan membangkitkan kesedaran manusia pada  kebaikan dan mencegah kemungkaran.

☘️٤ rukun Dakwah adalah !
١. الداعى
٢. المدعو
٣. الموضوع
٤. المنهج
☘️Tujuan berdakwah !
1. Mengubah pandangan hidup kerana Allah s.w.t.
2. Mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.
3. Mengajak kepada amar ma'ruf nahi mungkar.


🍂Hanya itu jer yg dapat saya kongsikan untuk hari ini, harap² korang semua dapat memahami info diatas🤪 hehe, jumpa lagi di lain waktu ⏲️

Thursday, April 11, 2019

Apa Itu Jumaat ?


Salam Jumaat penuh barakah 🤗

Haa saya nak bagitau antara amalan²sunat yang boleh kita amalkan pada hari jumaat nie, korang semua dah tahu kan ?  Tapi takpe laa saya just nk remind balik jer . Hehe sebelum tu jom kita tahu apa itu Hari Jumaat 🤔

👉Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan diberi pelbagai keistimewaan.

👉Hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya.

👉Kita perlu bersyukur kerana kemuliaan hari Jumaat hanya dikhususkan kepada umat nabi Muhammad S.A.W

👉Perkara sunat yang disarankan pada hari ini juga ialah mandi sunat jumaat, memakai wangi-wangian dan berpakaian bersih dan kemas ketika menunaikan solat di masjid.

👉Kita juga di anjurkan untuk memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW sebagaimana diterangkan melalui sebuah hadis yang bermaksud :

“Sesungguhnya hari yang paling mulia adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut.”

👉Kita digalakkan untuk membaca surah al-Kahfi, haaa korang pernah dengarkan quotes nie 👇

Pernah dengar tak ?

An apple for a day , 🍏
Keeps doctor run away .💉

So . nak pesan 

Read kahfi today ,
Keeps Dajjal away .

Baiklah, itu sahaja untuk post kali ini, semoga kita semua memperoleh syafaat didunia & di akhirat kelak 💚



اختلاط 💑

JAGA IKHTILAT !



Tajuk yg sangat PENTING dalam kehidupan kita, ramai yang tidak mengambil serius tentang Ikhtilat, apa itu ikhtilat ?



Haaa nie nk bagitau dengan bahasa mudahnya, Ikhtilat adalah pergaulan antara lelaki dan perempuan (fizikal / alam maya)  pada suatu tempat sama ada berdua-duaan atau berkumpulan tanpa ikatan yang sah.



Apa yg dpt kita tengok, hari demi hari kita semakin mudah untuk ‘terlihat’ lelaki dan perempuan bukan mahram jalan atau duduk bersama-sama tanpa keperluan yang mengizinkan mereka melakukan sebegitu. Sama ada berpasangan mahupun berkumpulan. Katanya belajar tetapi kita nampak lebih banyak gelak tawanya. Semakin ramai kelompok masyarakat khususnya mahasiswa melihat percampuran ini sebagai satu kebiasaan yang tidak perlu dirisaukan.



Malah lebih menyedihkan lagi hati tampaknya rosak apabila tidak terbit langsung rasa malu melakukan perbuatan tersebut. Tanpa sedar perbuatan ini membuka ruang besar ke arah melakukan maksiat dan zina. Masyarakat perlu sedar isu ikhtilat sebagai suatu isu besar yang perlu kita tangani dan pelihara dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan diberkati Allah



Justeru itu kita sebagai Mahasiswa Mahasiswi haruslah memandang serius akan hal ini, saya juga insan yg lemah😔ayuhlah kita bersama² mencegahnya !



_"Baiknya jasad ini terletak pada hati yang baik, Rosaknya jasad ini terletak pada hati yang rosak"_

لا تحزن إن الله معنا 😊



Assalamualaikum w.b.t, sudah lama saya tak post ke dalam blog nie. Hehe. Mesti ada yang rindu nak bacakan, harini saya nak kongsi satu tajuk yg berkaitan dengan عين iaitu :-



😭MENGALIR AIR MATA 



Susah kan nak jadi kuat?

Tak susah bila dihati kita sentiasa ada Allah SWT, Allah tahu saat kita sedih. Allah nak ajar kita kuat.



Awak tahu bila Allah SWT sayangkan awak?

Bila semalam awak menangis teresak sendiri, hari ini Dia berikan awak senyuman 😊



Itulah hakikatnya, kita kena sentiasa kuat walaupun beribu² ujian yang hadir dalam diri kita, kerana kita masih ada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segala² nya, Jika kita tak kuat ingatlah Allah s.wt,  semua orang tahu dalam kehidupan nie banyak cabaran yang kita kena lalui contohnya kita sebagai student takkan pernah lari dalam masalah dengan kawan², esaiment dan banyak lagi, hahahahaha . Betulkan ?? so, kita jangan mudah berputus asa, bahkan terus bangkit macam tagline jabatan Nahdah #NahdahBangkit💙. Hehehe . Sentiasalah memohon pertolongan dari yang Maha Esa 💚 & banyakkan membaca Kalam Allah kerana kita akan lebih tenang apabila membacanya dan banyakkan berdoa kerana tiada manusia yang dapat lari daripada ditimpa sebarang masalah. Hinggakan sampai satu masa manusia pasti akan berasa begitu lemah, letih, kecewa, dan tidak berdaya untuk menghadapi apa yang berlaku. Sebagai orang Islam, percayalah bahawa tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Maka, berdoalah.



Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.



Boleh amalkan Doa nie 🌺



اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ



وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ



وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ



وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ





Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.





.....شكرا....

Monday, April 8, 2019

Cerita Ringkas

Image result for lukisan kapal karam

Assalamualaikum.. 
Tengok gambar atas tu,, kapal tenggelam pulak dahh.. 
Nak cerita apa pulak ni ??

Jom kita baca cerita arab bawah ni. Hah ! nak bagi cerita arab pulak .. Jangan risauu.. pendek, ringkas dan padat cerita dia.. Ada terjemahan siap tau.. ayuh kita..

رَكِبَ نَحْوِيٌّ سَفِيْنَةً فَقَالَ لِلمَلَّاحِ : أَتَعْرِفُ النَّحْوَ ؟ 
. قَالَ : لَا 
. قَالَ : ذَهَبَ نِصْفُ عُمْرِكَ 
فَهَاجَتْ الرِّيْحُ وَاضْطَرَبَتْ السَّفِيْنَةُ فَقَالَ الـمَلَّاحُ : أَتَعْرِفُ السِّبَاحَةَ ؟ 
. قَالَ : لَا 
. قَالَ : ذَهَبَ كُلُّ عُمْرِكَ 

Seorang Ahli Nahu telah menaiki sebuah kapal, lalu berkata kepada seorang pelayar: "Adakah kamu tahu Nahu ?"
Dia menjawab : "Tak."
Ahli Nahu itu membalas: "Separuh hidupmu telah melayang"
Tidak lama selepas itu, badai bergejolak dan kapal bergoyang, lalu Pelayar itu berkata: "Adakah kamu tahu berenang?"
Dia menjwab: "Tak."
Pelayar itu pun membalas: "Seluruh hidupmu telah melayang."

Image result for kapal karam kartun


Haa... pendek je kan cerita dia.. faham ke tak faham cerita dia ? Kalau faham,, apa pengajaran dari cerita ni ?? 

Antara pengajaran cerita ni adalah,, Kita tak boleh rasa cukup dan bangga dengan ilmu yang kita ada, kerana ilmu itu sangat luas dan kita seharusnya sentiasa dahagakan ilmu. 
Kata Imam Malik, 'Ilmu Allah itu sangat luas. Sekiranya seluruh daun kayu dijadikan kertas, dan seluruh air laut dijadikan dakwat,, pasti masih belum cukup untuk menulisnya.'

Oleh itu, layakkah kita berbangga dengan sedikit ilmu yang kita ada ?? Sama-sama kita renungkan.. 😊