Saturday, May 25, 2019

Keluarkan bicara yang baik❤❤

Assalamualaikum semua. Salam ramadan! Harini saya nak kongsi apa yang saya baca dalam buku yang bercerita tentang iman dan hati kita. Dalam buku ini menyentuh tentang tutur bicara kita.
Dalam hidup ini apa yang kita harapkan dari setiap tutur bicara yang keluar dari lidah kita? Apa yang kita mahukan? Apa yang kita  harapkan pada si pendengar apabila mendengar bicara kalam kita?
Renungkan....

Di sini kita hendaklah mengetahui bahawa setiap butir bicara kita adalah ilmu,,,Oleh itu ita kena banya membaca dan mendengar kuliah. Supaya kita menjadi salah seorang yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Asr.

Setiap bicara kita yang baik akan mengingatkan kita dan si pendengar kepada Allah dan padang mahsyar. Supaya ia menjadi sebuah majlis ilmu walaupun hanya 2 orang saat itu dan di doakan oleh para malaikat. Oleh kita perlu menjaga iman kita sebab apa yang kita bicarakan menonjolkan iman dan akhlak kita.

Iman dan hati bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijaga. Menasihati orang lain lagi mudah dari menasihati diri sendiri. Di harap apa yang kita cakapkan untuk menasihati diri sendiri juga.

Kita bukanlah orang yang baik, orang yang sentiasa bai dan sempurna. Moga-moga Allah sentiasa temukan kita dengan orang yang baik lagi alim untuk menjadikan kita baik, solehah dan bertakwa. Ingat umur kita hanya senafas ke barzakh.!
❤❤

Dewan Bahasa dan Pustaka

Image result for dewan bahasa dan pustaka


Assalamualaikum wbt.. 

Kami diberi tugasan untuk mengkaji serba sedikit tentang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)..

Gambar di atas menunjukkan bangunan DBP yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. 

Apakah itu Dewan Bahasa dan Pustaka ???
DBP adalah sebuah jabatan yang mengukuhkan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar di Malaysia. DBP ini dibawah kuasa Perlembagaan Persekutuan dan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka secara ringkasnya adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, membantu percetakan dengan menerbitkan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan, memperkembangkan penggunaan bahasa sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan, membakukan ejaan dan sebutan serta beberapa matlamat yang lain.

Dewan Bahasa dan Pustaka ini banyak menerbitkan buku-buku sastera dan juga kamus untuk membantu orang ramai menyemak makna dan ejaan sesuatu perkataan itu dengan tepat. Pada era globalisasi yang penuh dengan teknologi ini, portal ekamus.dbp.com  dapat dicapai di laman sesawang. Hal ini, sangat memudahkan orang ramai kerana mereka tidak perlu lagi membawa kamus DBP yang tebal itu. Ini menunjukkan kemajuan DBP mengikut peredaran zaman walaupun ia telah ditubuhkan bertahun lamanya. 

Jadi, itulah serba sedikit tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Semoga memberi manfaat. In sya Allah... Sehingga berjumpa lagi.. 

Ketetapan Hati

Image result for quotes for people changes
quotes

Assalamualaikum wbt.. In sya Allah sekarang kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap je masa berlalu kan.. Jadi, dalam masa yang berbaki beberapa hari lagi ni,, ayuhlah kita sama-sama doakan yang terbaik buat diri kita.

Hari ni nk kongsi sikit tentang kata-kata atas tu. Hati manusia itu sifatnya berbolak-balik. Manusia itu sendiri boleh berubah dengan sekelip mata. Ada yang berubah menjadi lebih baik. Ada juga yang berubah kepada yang kurang baik.
(ู†ุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุฐู„ูƒ) 

Perubahan-perubahan yang berlaku adalah atas beberapa faktor, antaranya:

- Pengalaman peribadi, yakni apa yang dilalui dan memberi impak yang besar dalam hidupnya.
- Pengaruh orang luar, yakni lebih kepada pengaruh rakan sebaya dan sesiapa di persekitaran hidupnya. Sekiranya baik orang sekelilingnya, maka In sya Allah akan terikutlah kebaikan itu dan sebaliknya. (ู†ุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุฐู„ูƒ)
- Pengaruh kebudayaan, yakni budaya di sekelilingnya.
- Pengaruh media massa, inilah yang sangat mempengaruhi hidup manusia zaman sekarang.

dan beberapa faktor yang lain..

Nabi SAW juga sering berdoa:

ูŠَุง ู…ُู‚َู„ِّุจَ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆุจِ ุซَุจِّุชْ ู‚َู„ْุจِูŠ ุนَู„َู‰ ุฏِูŠู†ِูƒَ“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Sedangkan Nabi yang maksum, berdoa agar ditetapkan hati Baginda. Siapalah kita ? Kita hanya insan biasa yang sentiasa berubah. Oleh itu, di kesempatan Ramadhan yang berbaki ini.. Ayuhlah perbanyakkan berdoa agak ditetapkan hati kita kepada Agama Islam.. Agar akidah kita tidak terpesong di masa-masa akan datang. Allahumma aamiin...


Wednesday, May 22, 2019

Puisi cinta

Image result for puisi cinta

Haii semua. Selamat berpuasa,,, Harini kuliah TAMA sepi jee. Sebab ramai balik..Bestnya sapa yang balik tu. Tapi budak laki bagus la sebab majoriti hadir.Okey saya taknak cerita pasal ni hahaha saya nak cerita apa yang saya belajar iaitu menterjemah puisi. Juga pada kali ini kuliah ini dibentangkan oleh enam orang sahabat saya jugak. Bila sebut puisi rindu pulak belajar arudh masa STAM dulu. Huhu. Puisi ni banyak jenis rupanya. Contohnya kalau kita nak puisi tentang cinta kita mestilah menggunakan perkataan yang lembut, halus dan sesuai dengan tersebut. Begitu juga dengan puisi lain. Jadi puisi ni bila kita nak terjemah kita kena faham puisi tu, makna dan mesej yang ada dalam puisi tu, kemudian baru la boleh pilih kaedah yang sesuai untuk kita terjemahnya. Semoga semuanya dapat tunjuk bakat masing-masing dalam buat puisi nih. Hihi. Bye semua! Setakat ni ja saya mampu tulis. Jumpa lagi lain hari lain masa ..

kuliah 12.❤❤

Image result for bunga



Assalamualaikum semua.. moga semuanya dipermudahkan urusan dan sentiasa kuat pada bulan mulia ni.! Kita berjumpa lagi di blog ni. Saya nak cerita sikit apa yang saya dapat pada kuliah lepas. Pada kuliah lepas enam orang sahabat saya telah berkongsi tentang bagaimana kita nak terjemahan al-quran. Seperti mana kita tahu al-quran adalah ayat-ayat suci daripada Allah kepada kita. Untuk menjadi penterjemah al-quran bukanlah sesuatu hal yang mudah kerana jika salah dalam menterjemah al-quran ini mungkin akan menyebabkan salah makna dari segi tafsirnya. Selain itu, mungkin juga boleh berlaku penyelewengan dalam akidah kita. Oleh itu, kebanyakan penterjemah al-quran ini ialah dari kalangan oran yang yang berilmu dan pakar dalam menterjemah. Mereka dilatih dan diberi ilmu tentang menterjemahnya. Oleh itu, kita sebagai hamba yang sentiasa memerlukan makanan untuk hati kita, kita hendaklah sentiasa memahami al-quran. Al-quran dapat mententeramkan hati dan menyejukkan hati kita. Walaupun kita bukanlah seorang penterjemah tetapi kita dapat memahami apa yang diterjemah itu adalah baik untuk diri kita.

Bye semuaa, jumpa lagi!
❤❤

Sunday, May 19, 2019

You GET what you GIVE



Assalamualaikum semuaa๐Ÿ˜ 
apa khabar? semoga semuanya berada dlm keadaan sihat sentiasa..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
hari ni nak cerita pasal apa yang kita bagi kita akan dapat balik / "you get what you give"!๐Ÿ˜‰

Nabi ๏ทบ bersabda:
ูَู…َู†ْ ุฃَุญَุจَّ ุฃَู†ْ ูŠُุฒَุญْุฒَุญَ ุนَู†ْ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَูŠُุฏْุฎَู„َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ูَู„ْุชَุฃْุชِู‡ِ ู…َู†ِูŠَّุชُู‡ُ ูˆَู‡ُูˆَ ูŠُุคْู…ِู†ُ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุงู„ْูŠَูˆْู…ِ ุงู„ْุขุฎِุฑِ ูˆَู„ْูŠَุฃْุชِ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู†َّุงุณِ ุงู„َّุฐِูŠ ูŠُุญِุจُّ ุฃَู†ْ ูŠُุคْุชَู‰ ุฅِู„َูŠْู‡ِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin dijauhkan dari an-naar (neraka) dan dimasukkan ke dalam jannah (surga) maka hendaknya datang kematiannya dalam keadaan dia beriman kepada Allah dan hari akhir dan hendaknya dia perlakukan manusia sebagaimana dia suka diperlakukan demikian” 
(HR Muslim)

Kita hendaklah berbuat baik kepada orang sebagaimana kita mahukan orang berbuat baik dengan kita. Haa…Contohnya, jika kita tidak suka orang menzalimi kita, jangan kita menzalimi orang lain. Apa yang kita hendak orang layan kita maka begitulah kita patut melayan mereka. Seperti kata orang putih "You Get What You Give."  haaaa gittu... semoga bermanfaat utk semua๐Ÿ˜‰

DOA YANG TIDAK DITOLAK



Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga sihat selalu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ƒ

Harini nak share tentang "doa yang tidak ditolak".

Daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ุฅِู†َّ ู„ِู„ุตَّุงุฆِู… ุนِู†ุฏَ ูِุทْุฑู‡ِ ุฏَุนْูˆَุฉً ู„ุง ุชُุฑَุฏّ         

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.” 
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak)

Haa, daripada hadis tersebut kita tahu bahawa sekiranya kita berdoa ketika ingin berbuka, doa yang kita pinta In Sha Allah akan termakbul. Akan tetapi jika kita berpuasa hanya sekadar berlapar dan dahaga, lapar dahaga jualah yang kita rasai.

Bulan Ramadhan hanya sekali setahun.. Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan melakukan amal ibadat.Semoga Ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita daripada sebelum ini๐Ÿ˜Š๐ŸŒธ


Thursday, May 16, 2019

TABAYYUN



Assalamualaikum semua. Hari ni cerita pasal tabayyun. haaa! jom kita tengok apa itu tabayyun...๐Ÿ˜ƒ


ุนَู†ْ ุงَุจِู‰ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ู‚َุงู„َ: ู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆْู„ُ ุงู„ู„ู‡ِ ุต: ุงِู†َّ ุงู„ู„ู‡َ ูŠَุฑْุถَู‰ ู„َูƒُู…ْ ุซَู„ุงَุซًุง ูˆَูŠَูƒْุฑَู‡ُ ู„َูƒُู…ْ ุซَู„ุงَุซًุง. ูَูŠَุฑْุถَู‰ ู„َูƒُู…ْ ุงَู†ْ 
ุชَุนْุจُุฏُูˆْู‡ُ ูˆَู„َุง ุชُุดْุฑِูƒُูˆْุง ุจِู‡ِ ุดَูŠْุฆًุง ูˆَุงَู†ْ ุชَุนْุชَุตِู…ُูˆْุง ุจِุญَุจْู„ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุฌَู…ِูŠْุนًุง ูˆَู„َุง ุชَูَุฑَّู‚ُูˆْุง ูˆَูŠَูƒْุฑَู‡ُ ู„َูƒُู…ْ ู‚ِูŠْู„َ ูˆَู‚َุงู„َ ูˆَูƒَุซْุฑَุฉَ ุงู„ุณُّุคَุงู„ِ ูˆَ ุงِุถَุงุนَุฉَ ุงู„ْู…َุงู„ِ. ู…ุณู„ู… 3 : 1340

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah senang pada kalian tiga hal, dan benci pada kalian tiga hal".

1) Allah senang pada kalian bahwa kalian menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
2) Allah senang bahwa kalian semua berpegang teguh kepada tali Allah,dan
3) Allah senang kalian tidak bercerai-berai. Dan Allah benci kepada kalian tiga hal.
1) Allah benci pada kalian "Katanya dan katanya".
2) Allah benci kalian banyak bertanya (yang tidak diamalkan), dan
3) Allah benci kalian menyia-nyiakan harta". [HR. Muslim juz 3, hal. 1340]

Hadis tersebut menyatakan bahawa Allah amat membenci seseorang yang menyebarkan berita hanya bersumber daripada kata-kata sahaja. Jadi, kita sebagai seorang muslim yang sentiasa mengharapkan redha Allah ni hendaklah menjauhi perlakuan tersebut. Macam mana? Dengan Tabayyun. Tabayyun (menjelaskan) maksudnya kita perlu menjelaskan kebenaran, meneliti dan berhati-hati sebelum mengkhabarkan sesuatu berita. Jumpa lagi di lain blog semua๐Ÿ˜‰ Assalamualaikum๐Ÿ˜„

POLYGLOT

Image result for polyglots
polyglots

Assalamualaikum wbt. Selamat berbuka puasa kepada semua..
Tajuk kita untuk hari ini ialah
POLYGLOT. Harini ada seminar tentang polyglot, jadi saya ingin kongsikan sedikit tentang polyglot.

Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin jugak ada yang belum tahu apa itu POLYGLOT. Polyglot ialah seseorang yang dapat menguasai banyak bahasa. Pada kebiasaannya, polyglot boleh bertutur lebih daripada dua bahasa. Bagi seseorang yang boleh bertutur lebih daripada 10 bahasa dipanggil HYPERPOLYGLOT.

TIM DONER merupakan seorang remaja berusia 17 tahun yang hyperpolyglot. Hal ini kerana, Tim Doner boleh bertutur dalam 20 bahasa. Antaranya ialah Bahasa Arab, Indonesia, Dutch, Mandarin, Hindi, Russian dan sebagainya.

untuk melihat Tim Doner -- >> https://www.youtube.com/watch?v=Km9-DiFaxpU

Polyglot ini bukanlah hanya terjadi kerana seseorang itu terlalu genius, telah terbukti orang yang polyglot ni hanya dikalangan orang biasa. Untuk menjadi seorang polyglot, mesti mempunyai minat yang mendalam untuk menguasai sesuatu bahasa tersebut. 

Apakah cara yang digunakan oleh polyglot? Pelbagai cara yang mereka gunakan. Antaranya, menghafal mufradat iaitu vocab atau kosa kata, menonton drama bahasa asing dengan menggunakan sarikata, mendengar orang lain menyebutnya dan sebagainya. Yang penting bagi seseorang untuk menjadi polyglot adalah tidak malu untuk mencuba dan tidak takut salah. Mereka juga perlu istiqamah dalam mempelajari sesuatu bahasa itu.

Semua orang boleh cuba untuk menjadi polyglot. Jadi, tidak salah untuk mencuba. Sekian sahaja untuk post kali ini. 

Wednesday, May 15, 2019

HUKUM MENTERJEMAH AL-QURAN

Image result for al-quran

Assalamualaikum wbt. Bulan Ramadhan ni, saya nk ucapkan selamat berpuasa dan selamat meningkatkan amalan kita bersama. Perbanyakkanlah membaca al-Quran di bulan yang mulia ni. Besar ganjaran pahalanya. 

Jadi, hari ini saya nak kongsikan hukum menterjemah Al-quran. Hukumnya terbahagi kepada 2, iaitu HARUS dan HARAM. hah! tudia haram pun ada.. Haa jom kita tengok bila jadi harus, bila jadi haram ni...

HARUS:- Ulama yang mengharuskan ialah al-Zarqani, al- Syatibi dan al-Zamakhshari. Dalil dan hujah mereka adalah... 

1-Al-Quran merupakan sumber rujukan. Oleh itu, perlulah diterjemahkan agar difahami oleh bangsa lain.
2- Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Quran, akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.

HARAM:- Ulama yang mengaharamkan ialah Manna Qattan dan Rashid Rida. Hujah mereka adalah..

1- Al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain selain Arab.
2- Al-Quran dan susunannya adalah Mu'jiz. Jadi, sudah tentu tidak  boleh diterjemahkan kepada bahasa lain
3- Terjemahan secara harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka akan menganggap  terjemahan itu adalah Al-Quran.

Kini, banyak al-Quran terjemahan dihasilkan. oleh itu, kita dapat lihat bahawa tidaklah salah untuk menterjemah al-Quran agar kita faham makna yang disampaikan itu. 

Sekian, itu sahaja perkongsian kali ini. semoga bermanfaat.

" JANGANLAH BACA AL-QURAN KETIKA WAKTU LAPANG, TETAPI LAPANGKANLAH WAKTU UNTUK MEMBACA AL-QURAN"

CERITA RINGKAS IV

Image result for keldai
Keldai

Assalamualaikum w.b.t. Hai ! Cerita ringkas kembali lagi... 
Harini nk share cerita yang berkaitan gambar keldai atas tu. hahah. Masih dengan cerita Juha, seorang penjenaka arab. Sebab cerita Arab banyak yang diambil dari kisah Juha ni. Jadi, ayuh kita...

ุถَุงุนَ ุญِู…َุงุฑُ ุฌُุญَุง ูَุฃَุฎَุฐَ ูŠُูَุชِّุดُ ุนَู†ْู‡ُ ูˆَู„َู…ْ ูŠَุฌِุฏْู‡ُ ูˆَูŠَุญْู…َุฏُ ุงู„ู„ู‡َ ุดَุงูƒِุฑًุง
ูَุณَุฃَู„ُูˆْู‡ُ: ู„ِู…َุงุฐَุง ุชَุดْูƒُุฑُ ุงู„ู„ู‡َ ؟
ูَู‚َุงู„َ: ุฃَุดْูƒُุฑُู‡ُ ู„ِุฃَู†ِّูŠ ู„َู…ْ ุฃَูƒُู†ْ ุฑَุงูƒِุจًุง ุนَู„َู‰ ุงู„ุญِู…َุงุฑِ، ูˆَู„َูˆْ ูƒُู†ْุชُ ุฑَุงูƒِุจًุง ุนَู„َูŠْู‡ِ ู„َุถِุนْุชُ ู…َุนَู‡ُ

terjemahannya...
Keldai Juha telah hilang. Juha berusaha mencari tetapi tidak juga menemuinya. Lalu, Juha pun memuji Allah sebagai tanda syukur.

Maka orang ramai bertanya: " Kenapa kamu bersyukur kepada Allah? "

Lalu Juha pun menjawab: " Aku bersyukur kerana aku tidak sedang menunggangnya. Andai aku sedang menunggangnya, pasti aku akan hilang bersamanya."


Hahahaha, Semoga korang faham lah cerita ni yer.. Jumpa lagi di lain post,

Tuesday, May 14, 2019

MAKNA FIGURATIF

Image result for chicken


Assalamualaikum wbt. Okay Rileks.. Bawak bertenang.. Tahu la sekarang bulan Ramadhan. Semua tgh puasa.. Bukan saje-saje bagi terliur letak gambar tu. Tambah pulak, jauh benar tajuk post dengan gambar ayam tu. haishhh...

Okay sekarang.. Apakah maksud MAKNA FIGURATIF ????
Maksudnya adalah Simpulan Bahasa, Kiasan, Peribahasa, Metafora dan Simile. Berikut adalah ungkapan yang bersifat figuratif. Makna Figuratif ni mesti diingat kerana kaitannya dengan perkataannya adalah sewenang-wenang. Contohnya adalah perkataan AYAM.

kaki manusia - kaki ayam
orang - ibu ayam / ayam tambatan
penyakit -rabun ayam
tidur - tidur-tidur ayam
kuih - cakar ayam
bunga - tahi ayam
sikap - resmi ayam
makanan - nasi ayam
perempuan - ayam di tangan disambar helang.

Nampak x semua ayam kat situ. banyak sebenarnya perumpamaan kepada ayam ni.. apa lah ayam tu kan? hahahaa . Jadi, itulah perkongsian saya untuk harini. Sekian.

PENTERJEMAH AL-QURAN

Image result for al quran terjemahan
Al-Quran Terjemahan

Assalamualaikum w.b.t. Post kali ni nak kongsi sikit apa yang dibentangkan oleh sahabat-sahabat dalam kuliah harini. Jadi, tajuk kuliah harini adalah  
TERJEMAHAN AL-QURAN.

Apa yang paling penting sekali untuk menterjemah Al-Quran, adalah Al-Quran merupakan sebuah mushaf yang sangat suci dan mulia. Oleh itu, tidak boleh diterjemah sekadar teka-teka dan main-main. Al-quran mestilah diterjemahkan dengan tepat dan tiada 'seleweng-seleweng'.

10 syarat bagi penterjemah al-Quran, iaitu mesti menguasai 10 Ilmu Bahasa Arab yang berikut:
1. Ilmu Nahu
2. Ilmu Sarf
3. Ilmu Syiqaq
4. Ilmu Ma'ani
5. Ilmu Bayan
6. Ilmu Badi'
7. Ilmu Hadith
8. Ilmu Nasakh Mansukh
9. Ilmu Asbab Nuzul
10. Ilmu Qiraat

Sekiranya anda telah menguasai kesemua ilmu di atas, maka anda layak untuk menterjemah ayat-ayat al-Quran.

Sekian dahulu dari saya. Jumpa lagi di lain post. ๐Ÿ˜‰

Sunday, May 12, 2019

last tuto :')



Assalamualaikum semua ! semoga semuanya sihat. cepatnya masa berlalu dah masuk minggu ke 12 dah. Bulan ramadan yang paling mencabar kali ni hehe, Gambar ni menunjukkan berakhirnya kelas tutorial saya dan kawan kawan saya bersama Dr. Maheram :') Berakhirnya kelas tuto tak bermakna berakhirnya sayang kami dekat ustazah. Akan kami kenang selamanya ilmu dan kebaikan ustazah dalam kehidupan kami.. acewah❤ last kelas tuto tama ni ustazah ajak luah perasaan tak kira perasaan dalam belajar ke dan lain lain lah.  Banyak yang dikongsikan ustazah dalam kelas tuto. Cerita ustazah dahulu kala dan apa yang ustazah pernah lalui dalam kehidupan ustazah. Cerita-cerita ustazah telah memberi kami dorongan kepada kami supaya sentiasa fokus dan yakin dengan apa yang telah ditakdirkan kita. Semuaa itu ada kemanisan dalam kehidupan. Akhir kalam simpanlah kenangan manis ni sampai bila-bila pun dan lupakan lah kenangan yang pahit supaya keindahan sentiasa mengikuti kita. Saya sayang ustazah! moga sentiasa dalam lindungannya.

Saturday, May 11, 2019

padankan perkataan yang sesuai.


Assalamualaikum, selamat berpuasa semua. Kita berjumpa lagi, rasa dah lama pula tak menulis di blog ini. Saya nak cerita apa yang telah saya belajar pada kuliah lepas. Tajuk kuliah lepas adalah padanan terjemahan. Dalam kuliah ini saya dapat mengetahui bagaiman konsep terjemahan, konsep padanan, istilah padanan terjemahan dan lain lain dalam tajuk ini. Kuliah ini telah dibentangkan oleh enam orang sahabat saya. Banyak juga yang telah dikongsikan oleh mereka. Dalam kuliah ini ustazah juga ada memberikan sedikit perkongsian tentang padanan terjemahan ini. Dalam menterjemahkan sesuatu tidak kira arab ke melayu atau melayu ke arab atau inggeris ke melayu kita mesti membuat padanan yang sesuai dalam menterjemahkannya. Contohnya seperti pulut kuning kita mesti akan cari perkataan untuk diterjemahkan pulut itu, tetapi dia sesuai diterjemahkan jadi yellow rice kerana ini menunjukkan perkataan yang terdekat tapi tidak sejadi. Okey saya bagi contoh satu lagi iaitu tidak terdekat tapi padanan yang sejadi seperti doktor dan tabib. Jika kita lihat dekat situ, tabib itu umpama macam bomoh tapi hakikatnya tabib itu sama macam doktor sahaja. Kerana tabib itu juga merawat orang. Kesimpulannya dekat sini kita kena paham konsep padanan dan terjemahan supaya apa yang diterjemahkan itu sesuai. !❤

Akhir kata, semoga ramadan kali ini mengajar hati ikhlas dalam menghadapi sesuatu.

Tuesday, May 7, 2019

KELEBIHAN SAF HADAPAN


Assalamualaikum๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„
Apa khabar semua? Moga di bawah lindungan rahmat Allah sentiasa๐ŸŒธ


Dalam beberapa hadis ada menyebutkan kelebihan atau fadhilat saf yang pertama itu, di mana jika mereka mengetahui akan kelebihannya, nescaya mereka akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. 

Dalam hadis yang lain sabda Baginda yang maksudnya :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di baris pertama”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

Sepakat para fuqaha bahawa saf yang afdhal atau lebih utama bagi lelaki sama ada bersama mereka kanak-kanak atau perempuan adalah saf yang pertama. Begitu juga bagi perempuan yang tidak bersama mereka makmum lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ada penghalang atau tabir antara keduanya, maka yang afdhalnya di saf yang pertama

Akan tetapi jika meluruskan saf merupakan salah satu daripada kesempurnaan solat. Mendapat tempat solat di saf pertama ada satu keistimewaan seperti yang telah dinyatakan dalam satu riwayat:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat kepada makmum di saf-saf kanan”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kadang-kadang naik hairan jugak bila ramai yang solat di saf belakang terutamanya time solat terawih...sedangkan saf depan dibiar kosong. Berebut pahala saf belakang ke camne? ๐Ÿ˜‚

Semoga amalan kita bertambah baik lebih-lebih lagi di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Aminn๐Ÿ˜Š

KEDATANGAN SYAHRUN NAJAH





ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุงู…ุญู…ุฏ


Assalamualaikum, apa khabar semua.. semua puasa ke tu? jom semua kita hayati hadis dkt bwh ni๐Ÿ˜ƒ


ุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ : ู‚ุงู„ ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ : ุฅِุฐَุง ูƒَุงู†َ ุฃَูˆَّู„ُ ู„َูŠْู„َุฉٍ ู…ِู†ْ ุดَู‡ْุฑِ ุฑَู…َุถَุงู†َ ، ุตُูِّุฏَุชِ ุงู„ุดَّูŠَุงุทِูŠู†ُ ูˆَู…َุฑَุฏَุฉُ ุงู„ْุฌِู†ِّ ، ูˆَุบُู„ِّู‚َุชْ ุฃَุจْูˆَุงุจُ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูَู„َู…ْ ูŠُูْุชَุญْ ู…ِู†ْู‡َุง ุจَุงุจ ، ูˆَูُุชِّุญَุชْ ุฃَุจْูˆَุงุจُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ูَู„َู…ْ ูŠُุบْู„َู‚ْ ู…ِู†ْู‡َุง ุจَุงุจ ، ูˆَูŠُู†َุงุฏِูŠ ู…ُู†َุงุฏٍ ูŠَุง ุจَุงุบِูŠَ ุงู„ْุฎَูŠْุฑِ ุฃَู‚ْุจِู„ْ ، ูˆَูŠَุง ุจَุงุบِูŠَ ุงู„ุดَّุฑِّ ุฃَู‚ْุตِุฑْ ، ูˆَู„ِู„َّู‡ِ ุนُุชَู‚َุงุกُ ู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَุฐَู„ูƒَ ูƒُู„ُّ ู„َูŠْู„َุฉٍ




Apabila telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah Syaitan dan Jin, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu pun yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup, lalu terdengarlah seruan ; “Wahai orang yang ingin kebaikan maka lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan maka kurangilah. Dan di sisi Allah terdapat senarai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, dan begitulah terjadi pada setiap malam(Ramadhan)”

Syahrun Najah iaitu Bulan Kemenangan atau Pembebasan yakni bulan saat orang-orang yang berpuasa dibebaskan atau dijauhkan dari azab api neraka.
Alhamdulillah, kita telah ditemukan dengan bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh setiap ummat Islam di seluruh dunia. Ini kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk setiap anak Adam meningkatkan keimanan dan ketakwaan๐Ÿ˜Š

Semoga kita semua peroleh kejayaan di bulan yang mulia ini dan ditemukan juga dengan bulan Syawal yang akan menyusul nanti.๐Ÿ˜Š๐Ÿ’—

Thursday, May 2, 2019

terjemahkan arab dengan baik.

Assalamualaikum semua! kita berjumpa lagi. Harini saya nak kongsi apa yang saya belajar dalam kelas tuto lepas. Pada hari itu, kami dan ustazah membincangkan cara untuk terjemahkan arab ke melayu. Kebetulan ustazah juga memberikan kerja kepada kami iaitu mengenai kisah Masrur dan Maqrur. Banyak info yang saya dapat untuk nak terjemahkan arab ke melayu ini supaya nak jadikan ayat kita tu cantik. Perkataan arab ini sangat meluas. Tak semestinya satu perkataan bahasa arab tu boleh diterjemahkan kepada satu makna sahaja. Yang penting kita kena tengok ayat itu adakah ayat tu sesuai dengan makna yang diterjemahkan itu. Jadi dekat sini saya dapat belajar cara nak terjemahkan arab ke melayu tu dengan lebih baik. Terima kasih ustazah Maheram. Sebelum habis kelas, ustazah juga ada nasihat pasal ketentuan kita iaitu nasib kita. Kita sebagai manusia ni nasib kita telah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai manusia ni kena cari hikmah di sebalik ketentuan untuk kita tu. tak kira baik atau buruk semuanya telah disusun cantik oleh Allah.

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.