Saturday, June 8, 2019

PUASA ENAM?





مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ) رواه مسلم)

Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam hadis diatas, Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun

Haa, bagaimana pula cara melaksanakannya? syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib di bulan Ramadhan

Sebagai ummat Islam yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun hanya sekadar 6 hari😄 ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana menjadi satu kewajipan tetapi kerana merasakan diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT😊

Friday, June 7, 2019

MENGUMPAT



Assalamualaikum guys….

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akn mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"...(Hadis riwayat Abu Daud).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras x sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh org lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. .
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang 
akan diterima disamping jaminan keaiban ditutupi oleh AllahStakat tu jer lahh utk sesi kali nie.. Semoga dpt ambil pengajaran sdkt sbnyk... Assalamualaikum! 👋👋👋ni

BERKATA BAIK





Assalamualaikum wbt 😄😄
Apa khabar semua? Moga di bawah lindungan rahmat Allah sentiasa🌸

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت
 “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.” (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari, no. 6018; Muslim, no.47)

Disini kita dapat lihat bahawa diam itu lebih baik dari berkata-kata sekiranya percakapan kita itu tidak membawa kepada apa-apa manfaat malah menambahkan lagi kepada dosa.

Tuesday, June 4, 2019

1 SYAWAL 💐



[5 Jun 2019]

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN✨🌙 kepada Dr. Maheran a.k.a Ibunda Tercinta🌹

🌸Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam di utus mohon kemaafan.🌸

🐝Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,🐝

#PuTERAGemilang
#PendaulatAmanahNegara
#MengilhamHarapanMenciptaMasaDepan

MORFOLOGI ?






Assalamualaikum, harini nk share sikit apa itu maksud MORFOLOGI ? sejenis kuih raya ker ? Hahahaha, Ohhh tidakkk 😱

Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Contoh :

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan RAYA, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan BERAYA pula mengandungi dua morfem, iaitu BER- dan RAYA , hehehe, faham ke tak 🤔

قلب💔





Jangan banyak melukakan hati orang, walaupun sekadar dgn senda gurau, kalu dipendam boleh melarat. Takut tak menang tangan kita nak minta maaf nanti bila membarah luka tersebut.

"jaga mulut kamu. jangan sbb mulut, Allah humban kita ke dalam neraka Allah dengan kemurkaannya "

Dengan mulut saja boleh berlaku bermacam2 kebinasaan, merosakkan hubungan dengan Allah serta hubungan sesama manusia.

Pesan seorang guru kepada saya, "jangan sampai orang mengadukan kita kepada Allah".

Bukan manusia kalau tak buat salah,
Tapi, jangan jadi manusia yang mencari salah,
Jangan tak mudah maafkan mereka yang salah.
Allah pon maha pengampun, jadi kau ?
Terus betulkan yang salah agar jadi indah 🤪

Btw jangan silap menembak dalam menjawab exam .hahaha
Struggle study is real guys but struggle raya also is real🤓
Raya nie mintak maaf guys😱

Jaga Hati SAHABAT 🍁



Ermmmm, hai semua , sedar tak sedar kita dh tamat sem 2, opss lupe , hehe, final exam belum lagi, tapi just nak bagitau mungkin selepas nie kita  akan berpisah buat seketika, mybe akan ada yang nangis time berpisahan .haha🤣, just nak pesan jer walaupun kita tidak bersama untuk seketika tapi sentiasa lah hadirkan nama² sahabat kita dalam doa kita,🤲

🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾🐾

Sahabat

Kita punya cinta yang sama iaitu cinta kepada Allah

Kita punya kekasih yang sama iaitu Rasulullah SAW

Kita punya impian yang sama iaitu menuju Syurga Allah

Sahabat

Kita berukhwah kerana Allah.

Allah jua yang aturkan pertemuan kita.

Dan saya harap kita sama-sama berpimpinan tangan ke syurga Allah.

In Sha Allah 😊

Kita boleh Sahabat! 💪

Satu jer pesanan saya,

"Jaga HATI❤️ dia baik baik ."

"Siapa dia ?"

"SAHABAT kita👭"




HIJRAH 😲


Hijrah. Ia mudah bagi mereka yg mencari hidayah. Namun tetapi sukar bagi mereka yg selesa dengan selimut maksiat. Hijrah ini, ibarat langkah pertama perubahan ke arah lebih baik. Adapun hal yg lagi penting adalah istiqamah. Istiqamah dalam penghijrahan. Istiqamah dengan kebaikan. 

Ramai orang sebut, nak berubah tu bila bila boleh mula. Tapi nak istiqamah tu yang paling payah. Tak ramai yg boleh bertahan untuk istiqamah. Istiqamah ini memerlukan mujahadah. Bahkan ianya sendiri memerlukan taufiq dan pertolongan daripada Allah. Berdoa selalu.

Berubah itu memang perlukan kekuatan dalaman dan boleh jadi sokongan org sekeliling juga penambah semangat kita. Cuma jangan lekas putus asa. Ingat matlamat kita mahal iaitu syurga, jadi pengorbanan kita perlu handal.

Jom kita lakukan penghijrahan dari tak study langsung kepada study sikit & dari study sikit kepada study habis- habisan, hahahaha ✨ kali nie kita nak throwback pasal tajuk ape yer ?? 🤔

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Tajuk kita ialah : Kelayakan Penterjemah👩‍🏫

Kita harus tahu syarat utama dalam menterjemah sesuatu bahan. Perkara yang perlu kita fahami ialah mesti mengetahui bahasa sumber, mengetahui bahasa sasaran, mengetahui topik atau subjek yang kita nak terjemah, mengetahui teori penterjemah & mengetahui sasaran pembaca. Kalau semua tu kita tak dapat nak penuhi so jangan berangan laa nak jadi penterjemah yg hebat & terbaik 🤨. Hahahaha,

KEBAIKAN 🎈

💚

Tujuan semua kebaikan kita hanya mengharapkan redha Allah. Cukup menjadi rahsiamu dgn Tuhan. Cukup tersimpan rahsia di dalam kitab catitan amalanmu. Asalkan sentiasa ikhlas dan taqwa ketika melaksanakannya.

Ulama banyak berpesan : Sembunyikan kebaikanmu daripada org, seperti mana kamu berusaha keras menyembunyikan aibmu daripada diketahui orang.

Ramadhan telah berlalu, masihkah kau ingat apakah kebaikan yang telah engkau lakukan sepanjang bulan Ramadhan ,??
Renungkan lahh, pesanan buat diri sendiri .
Jaga hati jaga lidah, In shaa Allah selamat dunia akhirat, 💚

BUKUKU KUBUKU 📍


"sesungguhnya hati manusia itu mati,kecuali mereka yang berilmu"

"sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena , kecuali mereka yang beramal"

"sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu,kecuali mereka yang ikhlas"

(Imam Al-Ghazali)

Haaa disini nak bagitahu jer, kita yang berilmu nie kena gunakan ilmu yang kita ada dengan sebaik mungkin dan mestilah ke arah kebaikan bukannya keburukan . Btw semua org dh study ker ? Final tak lama dh, huhu, jom kita tb sikit pembelajaran kita yg dh berminggu² lepas .

👉KULIAH 3 : Proses Menterjemah
Apa yg perlu kita lalui sebelum kita selesai menterjemah ialah seperti berikut : 🤗

1. Proses Analisis
2. Proses Pemindahan
3. Menstruktur Semula
4. Proses Memeriksa
5. Menyemak
6. Menyunting

Jom sematkan dalam otak anda, nk tahu lebih lanjut boleh bace slides .,hahaha😄😄

Monday, June 3, 2019

KUAT DAN TERUS KUAT !

Sering kali dalam kehidupan ini, kita rasa sempit jiwa, putus harap, dunia gelap gelita.. puas dicari sinar yang mampu menyuluh.. semakin dicari semakin gelap jalan yang ditapaki..

Sering kali kita juga kita terus memandang ke langit, menyalahi Tuhan yang mencipta dan mengatur, menyusun dan merancang dengan hikmahnya yang tersendiri... yang kita sebagai hamba kerdil gagal memahami

Coretan ibnu qayyim diselak:

ﻟﻮ ﻋﻠِﻢ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﻛﻴﻒ ﻳُﺪﺑّﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﺃﻣﻮﺭﻩ ﻟﻌﻠٍﻢ ﻳﻘﻴﻨﺎً ﺃﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺭﺣﻢ ﺑﻪ ﻣﻦ ﺃﻣِﻪ ﻭﺃﺑﻴﻪ

"Kalaulah seorang hamba itu mengetahui bagaiman Allah mentadbir dan menyusun urusan hamba itu, nescaya dia akan yakin seyakin yakinnya bahawa Allah itu lebih menyayanginya dari mak dan ayahnya.."

Terus hati yang sempit tadi rasa lapang.. terus air mata yang mula mengalir mampu ditahan.. namun sebagai manusia sebak itu akan kekal sebak.. pahit itu akan kekal pahit..


Saturday, May 25, 2019

Keluarkan bicara yang baik❤❤

Assalamualaikum semua. Salam ramadan! Harini saya nak kongsi apa yang saya baca dalam buku yang bercerita tentang iman dan hati kita. Dalam buku ini menyentuh tentang tutur bicara kita.
Dalam hidup ini apa yang kita harapkan dari setiap tutur bicara yang keluar dari lidah kita? Apa yang kita mahukan? Apa yang kita  harapkan pada si pendengar apabila mendengar bicara kalam kita?
Renungkan....

Di sini kita hendaklah mengetahui bahawa setiap butir bicara kita adalah ilmu,,,Oleh itu ita kena banya membaca dan mendengar kuliah. Supaya kita menjadi salah seorang yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Asr.

Setiap bicara kita yang baik akan mengingatkan kita dan si pendengar kepada Allah dan padang mahsyar. Supaya ia menjadi sebuah majlis ilmu walaupun hanya 2 orang saat itu dan di doakan oleh para malaikat. Oleh kita perlu menjaga iman kita sebab apa yang kita bicarakan menonjolkan iman dan akhlak kita.

Iman dan hati bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijaga. Menasihati orang lain lagi mudah dari menasihati diri sendiri. Di harap apa yang kita cakapkan untuk menasihati diri sendiri juga.

Kita bukanlah orang yang baik, orang yang sentiasa bai dan sempurna. Moga-moga Allah sentiasa temukan kita dengan orang yang baik lagi alim untuk menjadikan kita baik, solehah dan bertakwa. Ingat umur kita hanya senafas ke barzakh.!
❤❤

Dewan Bahasa dan Pustaka

Image result for dewan bahasa dan pustaka


Assalamualaikum wbt.. 

Kami diberi tugasan untuk mengkaji serba sedikit tentang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)..

Gambar di atas menunjukkan bangunan DBP yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. 

Apakah itu Dewan Bahasa dan Pustaka ???
DBP adalah sebuah jabatan yang mengukuhkan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar di Malaysia. DBP ini dibawah kuasa Perlembagaan Persekutuan dan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka secara ringkasnya adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, membantu percetakan dengan menerbitkan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan, memperkembangkan penggunaan bahasa sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan, membakukan ejaan dan sebutan serta beberapa matlamat yang lain.

Dewan Bahasa dan Pustaka ini banyak menerbitkan buku-buku sastera dan juga kamus untuk membantu orang ramai menyemak makna dan ejaan sesuatu perkataan itu dengan tepat. Pada era globalisasi yang penuh dengan teknologi ini, portal ekamus.dbp.com  dapat dicapai di laman sesawang. Hal ini, sangat memudahkan orang ramai kerana mereka tidak perlu lagi membawa kamus DBP yang tebal itu. Ini menunjukkan kemajuan DBP mengikut peredaran zaman walaupun ia telah ditubuhkan bertahun lamanya. 

Jadi, itulah serba sedikit tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Semoga memberi manfaat. In sya Allah... Sehingga berjumpa lagi.. 

Ketetapan Hati

Image result for quotes for people changes
quotes

Assalamualaikum wbt.. In sya Allah sekarang kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap je masa berlalu kan.. Jadi, dalam masa yang berbaki beberapa hari lagi ni,, ayuhlah kita sama-sama doakan yang terbaik buat diri kita.

Hari ni nk kongsi sikit tentang kata-kata atas tu. Hati manusia itu sifatnya berbolak-balik. Manusia itu sendiri boleh berubah dengan sekelip mata. Ada yang berubah menjadi lebih baik. Ada juga yang berubah kepada yang kurang baik.
(نعوذ بالله من ذلك) 

Perubahan-perubahan yang berlaku adalah atas beberapa faktor, antaranya:

- Pengalaman peribadi, yakni apa yang dilalui dan memberi impak yang besar dalam hidupnya.
- Pengaruh orang luar, yakni lebih kepada pengaruh rakan sebaya dan sesiapa di persekitaran hidupnya. Sekiranya baik orang sekelilingnya, maka In sya Allah akan terikutlah kebaikan itu dan sebaliknya. (نعوذ بالله من ذلك)
- Pengaruh kebudayaan, yakni budaya di sekelilingnya.
- Pengaruh media massa, inilah yang sangat mempengaruhi hidup manusia zaman sekarang.

dan beberapa faktor yang lain..

Nabi SAW juga sering berdoa:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Sedangkan Nabi yang maksum, berdoa agar ditetapkan hati Baginda. Siapalah kita ? Kita hanya insan biasa yang sentiasa berubah. Oleh itu, di kesempatan Ramadhan yang berbaki ini.. Ayuhlah perbanyakkan berdoa agak ditetapkan hati kita kepada Agama Islam.. Agar akidah kita tidak terpesong di masa-masa akan datang. Allahumma aamiin...


Wednesday, May 22, 2019

Puisi cinta

Image result for puisi cinta

Haii semua. Selamat berpuasa,,, Harini kuliah TAMA sepi jee. Sebab ramai balik..Bestnya sapa yang balik tu. Tapi budak laki bagus la sebab majoriti hadir.Okey saya taknak cerita pasal ni hahaha saya nak cerita apa yang saya belajar iaitu menterjemah puisi. Juga pada kali ini kuliah ini dibentangkan oleh enam orang sahabat saya jugak. Bila sebut puisi rindu pulak belajar arudh masa STAM dulu. Huhu. Puisi ni banyak jenis rupanya. Contohnya kalau kita nak puisi tentang cinta kita mestilah menggunakan perkataan yang lembut, halus dan sesuai dengan tersebut. Begitu juga dengan puisi lain. Jadi puisi ni bila kita nak terjemah kita kena faham puisi tu, makna dan mesej yang ada dalam puisi tu, kemudian baru la boleh pilih kaedah yang sesuai untuk kita terjemahnya. Semoga semuanya dapat tunjuk bakat masing-masing dalam buat puisi nih. Hihi. Bye semua! Setakat ni ja saya mampu tulis. Jumpa lagi lain hari lain masa ..

kuliah 12.❤❤

Image result for bunga



Assalamualaikum semua.. moga semuanya dipermudahkan urusan dan sentiasa kuat pada bulan mulia ni.! Kita berjumpa lagi di blog ni. Saya nak cerita sikit apa yang saya dapat pada kuliah lepas. Pada kuliah lepas enam orang sahabat saya telah berkongsi tentang bagaimana kita nak terjemahan al-quran. Seperti mana kita tahu al-quran adalah ayat-ayat suci daripada Allah kepada kita. Untuk menjadi penterjemah al-quran bukanlah sesuatu hal yang mudah kerana jika salah dalam menterjemah al-quran ini mungkin akan menyebabkan salah makna dari segi tafsirnya. Selain itu, mungkin juga boleh berlaku penyelewengan dalam akidah kita. Oleh itu, kebanyakan penterjemah al-quran ini ialah dari kalangan oran yang yang berilmu dan pakar dalam menterjemah. Mereka dilatih dan diberi ilmu tentang menterjemahnya. Oleh itu, kita sebagai hamba yang sentiasa memerlukan makanan untuk hati kita, kita hendaklah sentiasa memahami al-quran. Al-quran dapat mententeramkan hati dan menyejukkan hati kita. Walaupun kita bukanlah seorang penterjemah tetapi kita dapat memahami apa yang diterjemah itu adalah baik untuk diri kita.

Bye semuaa, jumpa lagi!
❤❤

Sunday, May 19, 2019

You GET what you GIVE



Assalamualaikum semuaa😁 
apa khabar? semoga semuanya berada dlm keadaan sihat sentiasa..😊😊😊
hari ni nak cerita pasal apa yang kita bagi kita akan dapat balik / "you get what you give"!😉

Nabi bersabda:
فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُزَحْزَحَ عَنْ النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَأْتِ إِلَى النَّاسِ الَّذِي يُحِبُّ أَنْ يُؤْتَى إِلَيْهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin dijauhkan dari an-naar (neraka) dan dimasukkan ke dalam jannah (surga) maka hendaknya datang kematiannya dalam keadaan dia beriman kepada Allah dan hari akhir dan hendaknya dia perlakukan manusia sebagaimana dia suka diperlakukan demikian” 
(HR Muslim)

Kita hendaklah berbuat baik kepada orang sebagaimana kita mahukan orang berbuat baik dengan kita. Haa…Contohnya, jika kita tidak suka orang menzalimi kita, jangan kita menzalimi orang lain. Apa yang kita hendak orang layan kita maka begitulah kita patut melayan mereka. Seperti kata orang putih "You Get What You Give."  haaaa gittu... semoga bermanfaat utk semua😉

DOA YANG TIDAK DITOLAK



Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga sihat selalu😊😃

Harini nak share tentang "doa yang tidak ditolak".

Daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِم عِندَ فِطْرهِ دَعْوَةً لا تُرَدّ         

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.” 
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak)

Haa, daripada hadis tersebut kita tahu bahawa sekiranya kita berdoa ketika ingin berbuka, doa yang kita pinta In Sha Allah akan termakbul. Akan tetapi jika kita berpuasa hanya sekadar berlapar dan dahaga, lapar dahaga jualah yang kita rasai.

Bulan Ramadhan hanya sekali setahun.. Rebutlah peluang waktu istimewa ini dengan melakukan amal ibadat.Semoga Ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan lagi amal ibadah kita daripada sebelum ini😊🌸


Thursday, May 16, 2019

TABAYYUN



Assalamualaikum semua. Hari ni cerita pasal tabayyun. haaa! jom kita tengok apa itu tabayyun...😃


عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِنَّ اللهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلاَثًا وَيَكْرَهُ لَكُمْ ثَلاَثًا. فَيَرْضَى لَكُمْ اَنْ 
تَعْبُدُوْهُ وَلَا تُشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا وَاَنْ تَعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلَا تَفَرَّقُوْا وَيَكْرَهُ لَكُمْ قِيْلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَ اِضَاعَةَ الْمَالِ. مسلم 3 : 1340

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah senang pada kalian tiga hal, dan benci pada kalian tiga hal".

1) Allah senang pada kalian bahwa kalian menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
2) Allah senang bahwa kalian semua berpegang teguh kepada tali Allah,dan
3) Allah senang kalian tidak bercerai-berai. Dan Allah benci kepada kalian tiga hal.
1) Allah benci pada kalian "Katanya dan katanya".
2) Allah benci kalian banyak bertanya (yang tidak diamalkan), dan
3) Allah benci kalian menyia-nyiakan harta". [HR. Muslim juz 3, hal. 1340]

Hadis tersebut menyatakan bahawa Allah amat membenci seseorang yang menyebarkan berita hanya bersumber daripada kata-kata sahaja. Jadi, kita sebagai seorang muslim yang sentiasa mengharapkan redha Allah ni hendaklah menjauhi perlakuan tersebut. Macam mana? Dengan Tabayyun. Tabayyun (menjelaskan) maksudnya kita perlu menjelaskan kebenaran, meneliti dan berhati-hati sebelum mengkhabarkan sesuatu berita. Jumpa lagi di lain blog semua😉 Assalamualaikum😄

POLYGLOT

Image result for polyglots
polyglots

Assalamualaikum wbt. Selamat berbuka puasa kepada semua..
Tajuk kita untuk hari ini ialah
POLYGLOT. Harini ada seminar tentang polyglot, jadi saya ingin kongsikan sedikit tentang polyglot.

Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin jugak ada yang belum tahu apa itu POLYGLOT. Polyglot ialah seseorang yang dapat menguasai banyak bahasa. Pada kebiasaannya, polyglot boleh bertutur lebih daripada dua bahasa. Bagi seseorang yang boleh bertutur lebih daripada 10 bahasa dipanggil HYPERPOLYGLOT.

TIM DONER merupakan seorang remaja berusia 17 tahun yang hyperpolyglot. Hal ini kerana, Tim Doner boleh bertutur dalam 20 bahasa. Antaranya ialah Bahasa Arab, Indonesia, Dutch, Mandarin, Hindi, Russian dan sebagainya.

untuk melihat Tim Doner -- >> https://www.youtube.com/watch?v=Km9-DiFaxpU

Polyglot ini bukanlah hanya terjadi kerana seseorang itu terlalu genius, telah terbukti orang yang polyglot ni hanya dikalangan orang biasa. Untuk menjadi seorang polyglot, mesti mempunyai minat yang mendalam untuk menguasai sesuatu bahasa tersebut. 

Apakah cara yang digunakan oleh polyglot? Pelbagai cara yang mereka gunakan. Antaranya, menghafal mufradat iaitu vocab atau kosa kata, menonton drama bahasa asing dengan menggunakan sarikata, mendengar orang lain menyebutnya dan sebagainya. Yang penting bagi seseorang untuk menjadi polyglot adalah tidak malu untuk mencuba dan tidak takut salah. Mereka juga perlu istiqamah dalam mempelajari sesuatu bahasa itu.

Semua orang boleh cuba untuk menjadi polyglot. Jadi, tidak salah untuk mencuba. Sekian sahaja untuk post kali ini. 

Wednesday, May 15, 2019

HUKUM MENTERJEMAH AL-QURAN

Image result for al-quran

Assalamualaikum wbt. Bulan Ramadhan ni, saya nk ucapkan selamat berpuasa dan selamat meningkatkan amalan kita bersama. Perbanyakkanlah membaca al-Quran di bulan yang mulia ni. Besar ganjaran pahalanya. 

Jadi, hari ini saya nak kongsikan hukum menterjemah Al-quran. Hukumnya terbahagi kepada 2, iaitu HARUS dan HARAM. hah! tudia haram pun ada.. Haa jom kita tengok bila jadi harus, bila jadi haram ni...

HARUS:- Ulama yang mengharuskan ialah al-Zarqani, al- Syatibi dan al-Zamakhshari. Dalil dan hujah mereka adalah... 

1-Al-Quran merupakan sumber rujukan. Oleh itu, perlulah diterjemahkan agar difahami oleh bangsa lain.
2- Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Quran, akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.

HARAM:- Ulama yang mengaharamkan ialah Manna Qattan dan Rashid Rida. Hujah mereka adalah..

1- Al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain selain Arab.
2- Al-Quran dan susunannya adalah Mu'jiz. Jadi, sudah tentu tidak  boleh diterjemahkan kepada bahasa lain
3- Terjemahan secara harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka akan menganggap  terjemahan itu adalah Al-Quran.

Kini, banyak al-Quran terjemahan dihasilkan. oleh itu, kita dapat lihat bahawa tidaklah salah untuk menterjemah al-Quran agar kita faham makna yang disampaikan itu. 

Sekian, itu sahaja perkongsian kali ini. semoga bermanfaat.

" JANGANLAH BACA AL-QURAN KETIKA WAKTU LAPANG, TETAPI LAPANGKANLAH WAKTU UNTUK MEMBACA AL-QURAN"

CERITA RINGKAS IV

Image result for keldai
Keldai

Assalamualaikum w.b.t. Hai ! Cerita ringkas kembali lagi... 
Harini nk share cerita yang berkaitan gambar keldai atas tu. hahah. Masih dengan cerita Juha, seorang penjenaka arab. Sebab cerita Arab banyak yang diambil dari kisah Juha ni. Jadi, ayuh kita...

ضَاعَ حِمَارُ جُحَا فَأَخَذَ يُفَتِّشُ عَنْهُ وَلَمْ يَجِدْهُ وَيَحْمَدُ اللهَ شَاكِرًا
فَسَأَلُوْهُ: لِمَاذَا تَشْكُرُ اللهَ ؟
فَقَالَ: أَشْكُرُهُ لِأَنِّي لَمْ أَكُنْ رَاكِبًا عَلَى الحِمَارِ، وَلَوْ كُنْتُ رَاكِبًا عَلَيْهِ لَضِعْتُ مَعَهُ

terjemahannya...
Keldai Juha telah hilang. Juha berusaha mencari tetapi tidak juga menemuinya. Lalu, Juha pun memuji Allah sebagai tanda syukur.

Maka orang ramai bertanya: " Kenapa kamu bersyukur kepada Allah? "

Lalu Juha pun menjawab: " Aku bersyukur kerana aku tidak sedang menunggangnya. Andai aku sedang menunggangnya, pasti aku akan hilang bersamanya."


Hahahaha, Semoga korang faham lah cerita ni yer.. Jumpa lagi di lain post,

Tuesday, May 14, 2019

MAKNA FIGURATIF

Image result for chicken


Assalamualaikum wbt. Okay Rileks.. Bawak bertenang.. Tahu la sekarang bulan Ramadhan. Semua tgh puasa.. Bukan saje-saje bagi terliur letak gambar tu. Tambah pulak, jauh benar tajuk post dengan gambar ayam tu. haishhh...

Okay sekarang.. Apakah maksud MAKNA FIGURATIF ????
Maksudnya adalah Simpulan Bahasa, Kiasan, Peribahasa, Metafora dan Simile. Berikut adalah ungkapan yang bersifat figuratif. Makna Figuratif ni mesti diingat kerana kaitannya dengan perkataannya adalah sewenang-wenang. Contohnya adalah perkataan AYAM.

kaki manusia - kaki ayam
orang - ibu ayam / ayam tambatan
penyakit -rabun ayam
tidur - tidur-tidur ayam
kuih - cakar ayam
bunga - tahi ayam
sikap - resmi ayam
makanan - nasi ayam
perempuan - ayam di tangan disambar helang.

Nampak x semua ayam kat situ. banyak sebenarnya perumpamaan kepada ayam ni.. apa lah ayam tu kan? hahahaa . Jadi, itulah perkongsian saya untuk harini. Sekian.

PENTERJEMAH AL-QURAN

Image result for al quran terjemahan
Al-Quran Terjemahan

Assalamualaikum w.b.t. Post kali ni nak kongsi sikit apa yang dibentangkan oleh sahabat-sahabat dalam kuliah harini. Jadi, tajuk kuliah harini adalah  
TERJEMAHAN AL-QURAN.

Apa yang paling penting sekali untuk menterjemah Al-Quran, adalah Al-Quran merupakan sebuah mushaf yang sangat suci dan mulia. Oleh itu, tidak boleh diterjemah sekadar teka-teka dan main-main. Al-quran mestilah diterjemahkan dengan tepat dan tiada 'seleweng-seleweng'.

10 syarat bagi penterjemah al-Quran, iaitu mesti menguasai 10 Ilmu Bahasa Arab yang berikut:
1. Ilmu Nahu
2. Ilmu Sarf
3. Ilmu Syiqaq
4. Ilmu Ma'ani
5. Ilmu Bayan
6. Ilmu Badi'
7. Ilmu Hadith
8. Ilmu Nasakh Mansukh
9. Ilmu Asbab Nuzul
10. Ilmu Qiraat

Sekiranya anda telah menguasai kesemua ilmu di atas, maka anda layak untuk menterjemah ayat-ayat al-Quran.

Sekian dahulu dari saya. Jumpa lagi di lain post. 😉

Sunday, May 12, 2019

last tuto :')



Assalamualaikum semua ! semoga semuanya sihat. cepatnya masa berlalu dah masuk minggu ke 12 dah. Bulan ramadan yang paling mencabar kali ni hehe, Gambar ni menunjukkan berakhirnya kelas tutorial saya dan kawan kawan saya bersama Dr. Maheram :') Berakhirnya kelas tuto tak bermakna berakhirnya sayang kami dekat ustazah. Akan kami kenang selamanya ilmu dan kebaikan ustazah dalam kehidupan kami.. acewah❤ last kelas tuto tama ni ustazah ajak luah perasaan tak kira perasaan dalam belajar ke dan lain lain lah.  Banyak yang dikongsikan ustazah dalam kelas tuto. Cerita ustazah dahulu kala dan apa yang ustazah pernah lalui dalam kehidupan ustazah. Cerita-cerita ustazah telah memberi kami dorongan kepada kami supaya sentiasa fokus dan yakin dengan apa yang telah ditakdirkan kita. Semuaa itu ada kemanisan dalam kehidupan. Akhir kalam simpanlah kenangan manis ni sampai bila-bila pun dan lupakan lah kenangan yang pahit supaya keindahan sentiasa mengikuti kita. Saya sayang ustazah! moga sentiasa dalam lindungannya.

Saturday, May 11, 2019

padankan perkataan yang sesuai.


Assalamualaikum, selamat berpuasa semua. Kita berjumpa lagi, rasa dah lama pula tak menulis di blog ini. Saya nak cerita apa yang telah saya belajar pada kuliah lepas. Tajuk kuliah lepas adalah padanan terjemahan. Dalam kuliah ini saya dapat mengetahui bagaiman konsep terjemahan, konsep padanan, istilah padanan terjemahan dan lain lain dalam tajuk ini. Kuliah ini telah dibentangkan oleh enam orang sahabat saya. Banyak juga yang telah dikongsikan oleh mereka. Dalam kuliah ini ustazah juga ada memberikan sedikit perkongsian tentang padanan terjemahan ini. Dalam menterjemahkan sesuatu tidak kira arab ke melayu atau melayu ke arab atau inggeris ke melayu kita mesti membuat padanan yang sesuai dalam menterjemahkannya. Contohnya seperti pulut kuning kita mesti akan cari perkataan untuk diterjemahkan pulut itu, tetapi dia sesuai diterjemahkan jadi yellow rice kerana ini menunjukkan perkataan yang terdekat tapi tidak sejadi. Okey saya bagi contoh satu lagi iaitu tidak terdekat tapi padanan yang sejadi seperti doktor dan tabib. Jika kita lihat dekat situ, tabib itu umpama macam bomoh tapi hakikatnya tabib itu sama macam doktor sahaja. Kerana tabib itu juga merawat orang. Kesimpulannya dekat sini kita kena paham konsep padanan dan terjemahan supaya apa yang diterjemahkan itu sesuai. !❤

Akhir kata, semoga ramadan kali ini mengajar hati ikhlas dalam menghadapi sesuatu.

Tuesday, May 7, 2019

KELEBIHAN SAF HADAPAN


Assalamualaikum😄😄
Apa khabar semua? Moga di bawah lindungan rahmat Allah sentiasa🌸


Dalam beberapa hadis ada menyebutkan kelebihan atau fadhilat saf yang pertama itu, di mana jika mereka mengetahui akan kelebihannya, nescaya mereka akan berebut-rebut untuk mendapatkannya. 

Dalam hadis yang lain sabda Baginda yang maksudnya :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di baris pertama”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)

Sepakat para fuqaha bahawa saf yang afdhal atau lebih utama bagi lelaki sama ada bersama mereka kanak-kanak atau perempuan adalah saf yang pertama. Begitu juga bagi perempuan yang tidak bersama mereka makmum lelaki atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ada penghalang atau tabir antara keduanya, maka yang afdhalnya di saf yang pertama

Akan tetapi jika meluruskan saf merupakan salah satu daripada kesempurnaan solat. Mendapat tempat solat di saf pertama ada satu keistimewaan seperti yang telah dinyatakan dalam satu riwayat:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat kepada makmum di saf-saf kanan”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kadang-kadang naik hairan jugak bila ramai yang solat di saf belakang terutamanya time solat terawih...sedangkan saf depan dibiar kosong. Berebut pahala saf belakang ke camne? 😂

Semoga amalan kita bertambah baik lebih-lebih lagi di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Aminn😊

KEDATANGAN SYAHRUN NAJAH





بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنامحمد


Assalamualaikum, apa khabar semua.. semua puasa ke tu? jom semua kita hayati hadis dkt bwh ni😃


عن أبي هريرة : قال قال رسول الله : إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ ، صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَاب ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَاب ، وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ




Apabila telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah Syaitan dan Jin, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu pun yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup, lalu terdengarlah seruan ; “Wahai orang yang ingin kebaikan maka lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan maka kurangilah. Dan di sisi Allah terdapat senarai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, dan begitulah terjadi pada setiap malam(Ramadhan)”

Syahrun Najah iaitu Bulan Kemenangan atau Pembebasan yakni bulan saat orang-orang yang berpuasa dibebaskan atau dijauhkan dari azab api neraka.
Alhamdulillah, kita telah ditemukan dengan bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh setiap ummat Islam di seluruh dunia. Ini kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk setiap anak Adam meningkatkan keimanan dan ketakwaan😊

Semoga kita semua peroleh kejayaan di bulan yang mulia ini dan ditemukan juga dengan bulan Syawal yang akan menyusul nanti.😊💗

Thursday, May 2, 2019

terjemahkan arab dengan baik.

Assalamualaikum semua! kita berjumpa lagi. Harini saya nak kongsi apa yang saya belajar dalam kelas tuto lepas. Pada hari itu, kami dan ustazah membincangkan cara untuk terjemahkan arab ke melayu. Kebetulan ustazah juga memberikan kerja kepada kami iaitu mengenai kisah Masrur dan Maqrur. Banyak info yang saya dapat untuk nak terjemahkan arab ke melayu ini supaya nak jadikan ayat kita tu cantik. Perkataan arab ini sangat meluas. Tak semestinya satu perkataan bahasa arab tu boleh diterjemahkan kepada satu makna sahaja. Yang penting kita kena tengok ayat itu adakah ayat tu sesuai dengan makna yang diterjemahkan itu. Jadi dekat sini saya dapat belajar cara nak terjemahkan arab ke melayu tu dengan lebih baik. Terima kasih ustazah Maheram. Sebelum habis kelas, ustazah juga ada nasihat pasal ketentuan kita iaitu nasib kita. Kita sebagai manusia ni nasib kita telah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai manusia ni kena cari hikmah di sebalik ketentuan untuk kita tu. tak kira baik atau buruk semuanya telah disusun cantik oleh Allah.

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.