Saturday, March 16, 2019

PESANAN BONDA 🌹

Related image





Assalamualaikum w.b.t....

Harini nak kongsi sikit pesanan bonda kitorg, Dr. Maheram Binti Ahmad. (kalau tak kenal lagi, boleh baca post cikpating_ tajuk IBUNDA TERCINTA). Okay, pesanan apa nak kongsi nihh ?? Ermm...

Minggu lepas, kelas tutorial kitorg semua perempuan.. Jadi di kesempatan yg ada, bonda kitorg berpesan kepada puteri-puteri beliau,, bukan membebel ehh.. nasihat je.. tentang "Aurat Wanita". Memang bunyi tajuk macam cliche,, nampak remeh, membosankan.. Hakikatnya, sangatlah penting. Bila sebut aurat, mesti akan terbayang ,, "pakai tudung tutup kepala.." Persoalannya, benarkah tudung kita mengikut syariat ? Cukupkah sekadar pakai tudung ?? Baju macam mana pulak ???

Haa... mcm yg semua orang tahu,, pakaian yg mengikut syariat agama adalah baju yang longgar tidak ikut bentuk badan, dan tudung labuh menutup dada. (tuu mcm dlm gambar atas tu,, sempurna auratnya ditutup). Jangan pulak, tudung dh labuh, dah cantik.. Tp baju pulak yang ketat. x bestla mata memandang.. Kaki jangan lupa tutup pulak yer,, sayang la kalau atas semua dah tertutup, tapi kaki terdedah. okay ? 

Bonda pesan jugak,, pakai baju tu kalau boleh jangan pakai yang warna terang sangat sampai boleh tarik perhatian orang lain. Bukan tak boleh nak pakai cantik-cantik. Boleh.. tapi jangan sampai keterlaluan. Satu lagi pesanan bonda, "Hidup dekat universiti ni, jangan pulak dari elok-elok dah tudung labuh, makin lama makin singkat." Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen dan pilihlah kawan yang boleh sama-sama menjaga dan saling mengingati.

💟💟💟


Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menegur Asma binti Abu Bakar Radhiyallahu anhuma ketika beliau datang ke rumah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan mengenakan busana yang agak tipis. Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun memalingkan mukanya sambil berkata :

ÙŠَا Ø£َسْÙ…َاءُ Ø¥ِÙ†َّ الْÙ…َرْØ£َØ©َ Ø¥ِذَا بَÙ„َغَتِ الْÙ…َØ­ِيضَ Ù„َÙ…ْ ÙŠَصْÙ„ُØ­ْ Ø£َÙ†ْ ÙŠُرَÙ‰ Ù…ِÙ†ْÙ‡َا Ø¥ِÙ„َّا Ù‡َذَا ÙˆَÙ‡َذَا
Wahai Asma ! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan).
HR. Abu Dâwud, no. 4104 dan al-Baihaqi, no. 3218. Hadist ini di shahihkan oleh syaikh al-Albâni rahimahullah]


No comments:

Post a Comment