Friday, June 7, 2019

MENGUMPAT



Assalamualaikum guys….

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akn mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"...(Hadis riwayat Abu Daud).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras x sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh org lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. .
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang 
akan diterima disamping jaminan keaiban ditutupi oleh AllahStakat tu jer lahh utk sesi kali nie.. Semoga dpt ambil pengajaran sdkt sbnyk... Assalamualaikum! 👋👋👋ni

No comments:

Post a Comment