Sering kali dalam kehidupan ini, kita rasa sempit jiwa, putus harap, dunia gelap gelita.. puas dicari sinar yang mampu menyuluh.. semakin dicari semakin gelap jalan yang ditapaki..
Sering kali kita juga kita terus memandang ke langit, menyalahi Tuhan yang mencipta dan mengatur, menyusun dan merancang dengan hikmahnya yang tersendiri... yang kita sebagai hamba kerdil gagal memahami
Coretan ibnu qayyim diselak:
ﻟﻮ ﻋﻠِﻢ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﻛﻴﻒ ﻳُﺪﺑّﺮ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻪ ﺃﻣﻮﺭﻩ ﻟﻌﻠٍﻢ ﻳﻘﻴﻨﺎً ﺃﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺭﺣﻢ ﺑﻪ ﻣﻦ ﺃﻣِﻪ ﻭﺃﺑﻴﻪ
"Kalaulah seorang hamba itu mengetahui bagaiman Allah mentadbir dan menyusun urusan hamba itu, nescaya dia akan yakin seyakin yakinnya bahawa Allah itu lebih menyayanginya dari mak dan ayahnya.."
Terus hati yang sempit tadi rasa lapang.. terus air mata yang mula mengalir mampu ditahan.. namun sebagai manusia sebak itu akan kekal sebak.. pahit itu akan kekal pahit..
No comments:
Post a Comment