Saturday, June 8, 2019

PUASA ENAM?





مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ) رواه مسلم)

Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. (Hadith Riwayat Muslim)

Dalam hadis diatas, Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun

Haa, bagaimana pula cara melaksanakannya? syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib di bulan Ramadhan

Sebagai ummat Islam yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun hanya sekadar 6 hari😄 ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana menjadi satu kewajipan tetapi kerana merasakan diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh untuk taqarrub kepada Allah SWT😊

No comments:

Post a Comment