Assalamualaikum, harini nk share sikit apa itu maksud MORFOLOGI ? sejenis kuih raya ker ? Hahahaha, Ohhh tidakkk 😱
Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Contoh :
Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan RAYA, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan BERAYA pula mengandungi dua morfem, iaitu BER- dan RAYA , hehehe, faham ke tak 🤔
No comments:
Post a Comment