Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar org yang baca blog ni ?? Semoga sihat belaka laa .. Tambah sekarang cuaca tak menentu , kadang panas kadang hujan. Jadi, kena jaga kesihatan tu lebih sikit la dari yang kebiasaan. hehe.
Kalau dilihat pada gambar atas tu,, memang betul-betul mengingati mati lahh. Ye lah ,, MATI tu kan perkara yang paling hampir dengan kita. Ayuhlah kita bermuhasabah diri..
Bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah ?
.
Bagaimanakah dengan amalan kita ?
.
Apa khabar pahala kita ?
.
Maka, marilah sama-sama kita perbaiki amalan kita.. Mempersiapkan diri kita agar sentiasa bersedia untuk bertemu dengan Allah. kerana MATI itu PASTI..
Di sini saya ada sediakan kisah Juha yang sangat ringkas sekadar sebagai hiburan untuk kita. Semoga para pembaca sekalian terhibur..
سَأَلَهُ رَجُلٌ أَيُّهُمَا أَفْضَلُ يَا جُحَا، الـمَشْيُ خَلْفَ الجِنَازَةِ أَمْ أَمَامَهَا؟
فَقَالَ جُحَا: لَا تَكُنْ عَلَى النَّعْشِ، وَامْشِ حَيْثُ شِئْتَ
Terjemahannya:
Seseorang bertanya kepada Juha, "Wahai Juha, manakah yang lebih utama, berjalan di belakang jenazah atau di depannya?"
Juha menjawab, " Kamu jangan berada di dalam keranda, dan berjalanlah di tempat yang kamu sukai !"
No comments:
Post a Comment