Sunday, April 28, 2019

pentingkan budaya !

Assalamualaikum semua, kita berjumpa lagi di blog ini, pada kuliah lepas enam orang sahabat kita telah membentangkan dan menceritakan tentang kuliah yang ke sembilan iaitu menterjemah unsur budaya. Saya sangat kagum dengan kawan kawan yang bentang tu,hebat belaka. Banyak sangat yang telah disampaikan oleh mereka antaranya definisi kebudayaan, fungsi kebudayaan, sifat kebudayaan dan lain lain. Seperti kita tahu ,dalam kita menterjemah sesuatu turut melibatkan budaya kerana budaya bermaksud tamadun, kelakuan kita serta cara kita berfikir dan sebagainya manakala kebudayaan pula keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,berkelakuan dan berfikir. Jika tiada unsur budaya dalam terjemahan kita ia akan memberi kesan kepada apa yang kita terjemah itu. Hal ini kerana semua itu bermula dengan cara kita bertindak dan berfikir dalam menterjemah. Jika kita menggunakan unsur budaya dalam terjemahan kita ia akan menghasilkan teks yang bermutu tinggi. Ada empat pembahagian dalam unsur budaya iaitu budaya ekologi,budaya ideologi,budaya sosial dan budaya material. Setiap pembahagian ini mempunyai contohnya. Untuk mengelakkan kesukaran dalam menterjemah unsur budaya kita perlulah rujuk kawan kita iaitu kamus. Yang itu saja saya dapat kongsi, yang lain itu kita boleh kaji dekat slide ustazah yaa. :)❤❤

No comments:

Post a Comment