Monday, April 8, 2019

Cerita Ringkas

Image result for lukisan kapal karam

Assalamualaikum.. 
Tengok gambar atas tu,, kapal tenggelam pulak dahh.. 
Nak cerita apa pulak ni ??

Jom kita baca cerita arab bawah ni. Hah ! nak bagi cerita arab pulak .. Jangan risauu.. pendek, ringkas dan padat cerita dia.. Ada terjemahan siap tau.. ayuh kita..

رَكِبَ نَحْوِيٌّ سَفِيْنَةً فَقَالَ لِلمَلَّاحِ : أَتَعْرِفُ النَّحْوَ ؟ 
. قَالَ : لَا 
. قَالَ : ذَهَبَ نِصْفُ عُمْرِكَ 
فَهَاجَتْ الرِّيْحُ وَاضْطَرَبَتْ السَّفِيْنَةُ فَقَالَ الـمَلَّاحُ : أَتَعْرِفُ السِّبَاحَةَ ؟ 
. قَالَ : لَا 
. قَالَ : ذَهَبَ كُلُّ عُمْرِكَ 

Seorang Ahli Nahu telah menaiki sebuah kapal, lalu berkata kepada seorang pelayar: "Adakah kamu tahu Nahu ?"
Dia menjawab : "Tak."
Ahli Nahu itu membalas: "Separuh hidupmu telah melayang"
Tidak lama selepas itu, badai bergejolak dan kapal bergoyang, lalu Pelayar itu berkata: "Adakah kamu tahu berenang?"
Dia menjwab: "Tak."
Pelayar itu pun membalas: "Seluruh hidupmu telah melayang."

Image result for kapal karam kartun


Haa... pendek je kan cerita dia.. faham ke tak faham cerita dia ? Kalau faham,, apa pengajaran dari cerita ni ?? 

Antara pengajaran cerita ni adalah,, Kita tak boleh rasa cukup dan bangga dengan ilmu yang kita ada, kerana ilmu itu sangat luas dan kita seharusnya sentiasa dahagakan ilmu. 
Kata Imam Malik, 'Ilmu Allah itu sangat luas. Sekiranya seluruh daun kayu dijadikan kertas, dan seluruh air laut dijadikan dakwat,, pasti masih belum cukup untuk menulisnya.'

Oleh itu, layakkah kita berbangga dengan sedikit ilmu yang kita ada ?? Sama-sama kita renungkan.. 😊

No comments:

Post a Comment