Thursday, April 11, 2019

لا تحزن إن الله معنا 😊



Assalamualaikum w.b.t, sudah lama saya tak post ke dalam blog nie. Hehe. Mesti ada yang rindu nak bacakan, harini saya nak kongsi satu tajuk yg berkaitan dengan عين iaitu :-



😭MENGALIR AIR MATA 



Susah kan nak jadi kuat?

Tak susah bila dihati kita sentiasa ada Allah SWT, Allah tahu saat kita sedih. Allah nak ajar kita kuat.



Awak tahu bila Allah SWT sayangkan awak?

Bila semalam awak menangis teresak sendiri, hari ini Dia berikan awak senyuman 😊



Itulah hakikatnya, kita kena sentiasa kuat walaupun beribu² ujian yang hadir dalam diri kita, kerana kita masih ada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui segala² nya, Jika kita tak kuat ingatlah Allah s.wt,  semua orang tahu dalam kehidupan nie banyak cabaran yang kita kena lalui contohnya kita sebagai student takkan pernah lari dalam masalah dengan kawan², esaiment dan banyak lagi, hahahahaha . Betulkan ?? so, kita jangan mudah berputus asa, bahkan terus bangkit macam tagline jabatan Nahdah #NahdahBangkit💙. Hehehe . Sentiasalah memohon pertolongan dari yang Maha Esa 💚 & banyakkan membaca Kalam Allah kerana kita akan lebih tenang apabila membacanya dan banyakkan berdoa kerana tiada manusia yang dapat lari daripada ditimpa sebarang masalah. Hinggakan sampai satu masa manusia pasti akan berasa begitu lemah, letih, kecewa, dan tidak berdaya untuk menghadapi apa yang berlaku. Sebagai orang Islam, percayalah bahawa tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Maka, berdoalah.



Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.



Boleh amalkan Doa nie 🌺



اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ



وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ



وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ



وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ





Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.





.....شكرا....

No comments:

Post a Comment