Thursday, April 11, 2019

Apa Itu Jumaat ?


Salam Jumaat penuh barakah 🤗

Haa saya nak bagitau antara amalan²sunat yang boleh kita amalkan pada hari jumaat nie, korang semua dah tahu kan ?  Tapi takpe laa saya just nk remind balik jer . Hehe sebelum tu jom kita tahu apa itu Hari Jumaat 🤔

👉Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan diberi pelbagai keistimewaan.

👉Hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya.

👉Kita perlu bersyukur kerana kemuliaan hari Jumaat hanya dikhususkan kepada umat nabi Muhammad S.A.W

👉Perkara sunat yang disarankan pada hari ini juga ialah mandi sunat jumaat, memakai wangi-wangian dan berpakaian bersih dan kemas ketika menunaikan solat di masjid.

👉Kita juga di anjurkan untuk memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW sebagaimana diterangkan melalui sebuah hadis yang bermaksud :

“Sesungguhnya hari yang paling mulia adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut.”

👉Kita digalakkan untuk membaca surah al-Kahfi, haaa korang pernah dengarkan quotes nie 👇

Pernah dengar tak ?

An apple for a day , 🍏
Keeps doctor run away .💉

So . nak pesan 

Read kahfi today ,
Keeps Dajjal away .

Baiklah, itu sahaja untuk post kali ini, semoga kita semua memperoleh syafaat didunia & di akhirat kelak 💚



No comments:

Post a Comment