Thursday, May 2, 2019

terjemahkan arab dengan baik.

Assalamualaikum semua! kita berjumpa lagi. Harini saya nak kongsi apa yang saya belajar dalam kelas tuto lepas. Pada hari itu, kami dan ustazah membincangkan cara untuk terjemahkan arab ke melayu. Kebetulan ustazah juga memberikan kerja kepada kami iaitu mengenai kisah Masrur dan Maqrur. Banyak info yang saya dapat untuk nak terjemahkan arab ke melayu ini supaya nak jadikan ayat kita tu cantik. Perkataan arab ini sangat meluas. Tak semestinya satu perkataan bahasa arab tu boleh diterjemahkan kepada satu makna sahaja. Yang penting kita kena tengok ayat itu adakah ayat tu sesuai dengan makna yang diterjemahkan itu. Jadi dekat sini saya dapat belajar cara nak terjemahkan arab ke melayu tu dengan lebih baik. Terima kasih ustazah Maheram. Sebelum habis kelas, ustazah juga ada nasihat pasal ketentuan kita iaitu nasib kita. Kita sebagai manusia ni nasib kita telah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai manusia ni kena cari hikmah di sebalik ketentuan untuk kita tu. tak kira baik atau buruk semuanya telah disusun cantik oleh Allah.

Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment