| polyglots Assalamualaikum wbt. Selamat berbuka puasa kepada semua.. Tajuk kita untuk hari ini ialah POLYGLOT. Harini ada seminar tentang polyglot, jadi saya ingin kongsikan sedikit tentang polyglot. Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin jugak ada yang belum tahu apa itu POLYGLOT. Polyglot ialah seseorang yang dapat menguasai banyak bahasa. Pada kebiasaannya, polyglot boleh bertutur lebih daripada dua bahasa. Bagi seseorang yang boleh bertutur lebih daripada 10 bahasa dipanggil HYPERPOLYGLOT. TIM DONER merupakan seorang remaja berusia 17 tahun yang hyperpolyglot. Hal ini kerana, Tim Doner boleh bertutur dalam 20 bahasa. Antaranya ialah Bahasa Arab, Indonesia, Dutch, Mandarin, Hindi, Russian dan sebagainya. untuk melihat Tim Doner -- >> https://www.youtube.com/watch?v=Km9-DiFaxpU Polyglot ini bukanlah hanya terjadi kerana seseorang itu terlalu genius, telah terbukti orang yang polyglot ni hanya dikalangan orang biasa. Untuk menjadi seorang polyglot, mesti mempunyai minat yang mendalam untuk menguasai sesuatu bahasa tersebut. Apakah cara yang digunakan oleh polyglot? Pelbagai cara yang mereka gunakan. Antaranya, menghafal mufradat iaitu vocab atau kosa kata, menonton drama bahasa asing dengan menggunakan sarikata, mendengar orang lain menyebutnya dan sebagainya. Yang penting bagi seseorang untuk menjadi polyglot adalah tidak malu untuk mencuba dan tidak takut salah. Mereka juga perlu istiqamah dalam mempelajari sesuatu bahasa itu. Semua orang boleh cuba untuk menjadi polyglot. Jadi, tidak salah untuk mencuba. Sekian sahaja untuk post kali ini. |
Thursday, May 16, 2019
POLYGLOT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment