Assalamualaikum, apa khabar semua? Semoga sihat selalu😊😃
Harini nak share tentang "doa yang tidak ditolak".
Daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِم عِندَ فِطْرهِ دَعْوَةً لا تُرَدّ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika
berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak)
Haa, daripada hadis tersebut kita tahu bahawa sekiranya kita
berdoa ketika ingin berbuka, doa yang kita pinta In Sha Allah akan termakbul. Akan tetapi
jika kita berpuasa hanya sekadar berlapar dan dahaga, lapar dahaga jualah yang
kita rasai.
Bulan Ramadhan hanya sekali setahun.. Rebutlah peluang waktu
istimewa ini dengan melakukan amal ibadat.Semoga Ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan
lagi amal ibadah kita daripada sebelum ini😊🌸

No comments:
Post a Comment