Wednesday, May 15, 2019

HUKUM MENTERJEMAH AL-QURAN

Image result for al-quran

Assalamualaikum wbt. Bulan Ramadhan ni, saya nk ucapkan selamat berpuasa dan selamat meningkatkan amalan kita bersama. Perbanyakkanlah membaca al-Quran di bulan yang mulia ni. Besar ganjaran pahalanya. 

Jadi, hari ini saya nak kongsikan hukum menterjemah Al-quran. Hukumnya terbahagi kepada 2, iaitu HARUS dan HARAM. hah! tudia haram pun ada.. Haa jom kita tengok bila jadi harus, bila jadi haram ni...

HARUS:- Ulama yang mengharuskan ialah al-Zarqani, al- Syatibi dan al-Zamakhshari. Dalil dan hujah mereka adalah... 

1-Al-Quran merupakan sumber rujukan. Oleh itu, perlulah diterjemahkan agar difahami oleh bangsa lain.
2- Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Quran, akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.

HARAM:- Ulama yang mengaharamkan ialah Manna Qattan dan Rashid Rida. Hujah mereka adalah..

1- Al-Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain selain Arab.
2- Al-Quran dan susunannya adalah Mu'jiz. Jadi, sudah tentu tidak  boleh diterjemahkan kepada bahasa lain
3- Terjemahan secara harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka akan menganggap  terjemahan itu adalah Al-Quran.

Kini, banyak al-Quran terjemahan dihasilkan. oleh itu, kita dapat lihat bahawa tidaklah salah untuk menterjemah al-Quran agar kita faham makna yang disampaikan itu. 

Sekian, itu sahaja perkongsian kali ini. semoga bermanfaat.

" JANGANLAH BACA AL-QURAN KETIKA WAKTU LAPANG, TETAPI LAPANGKANLAH WAKTU UNTUK MEMBACA AL-QURAN"

No comments:

Post a Comment