
Assalamualaikum
semua.. moga semuanya dipermudahkan urusan dan sentiasa kuat pada bulan mulia
ni.! Kita berjumpa lagi di blog ni. Saya nak cerita sikit apa yang saya dapat
pada kuliah lepas. Pada kuliah lepas enam orang sahabat saya telah berkongsi tentang
bagaimana kita nak terjemahan al-quran. Seperti mana kita tahu al-quran adalah
ayat-ayat suci daripada Allah kepada kita. Untuk menjadi penterjemah al-quran
bukanlah sesuatu hal yang mudah kerana jika salah dalam menterjemah al-quran
ini mungkin akan menyebabkan salah makna dari segi tafsirnya. Selain itu,
mungkin juga boleh berlaku penyelewengan dalam akidah kita. Oleh itu,
kebanyakan penterjemah al-quran ini ialah dari kalangan oran yang yang berilmu
dan pakar dalam menterjemah. Mereka dilatih dan diberi ilmu tentang
menterjemahnya. Oleh itu, kita sebagai hamba yang sentiasa memerlukan makanan
untuk hati kita, kita hendaklah sentiasa memahami al-quran. Al-quran dapat
mententeramkan hati dan menyejukkan hati kita. Walaupun kita bukanlah seorang
penterjemah tetapi kita dapat memahami apa yang diterjemah itu adalah baik
untuk diri kita.
Bye semuaa, jumpa
lagi!
❤❤
No comments:
Post a Comment