Assalamualaikum wbt..
Kami diberi tugasan untuk mengkaji serba sedikit tentang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)..
Gambar di atas menunjukkan bangunan DBP yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur.
Apakah itu Dewan Bahasa dan Pustaka ???
DBP adalah sebuah jabatan yang mengukuhkan dan memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar di Malaysia. DBP ini dibawah
kuasa Perlembagaan Persekutuan dan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka secara ringkasnya adalah untuk
menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, membantu percetakan
dengan menerbitkan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain
bentuk kesusasteraan, memperkembangkan penggunaan bahasa sastera, khususnya
dalam bahasa kebangsaan, membakukan ejaan dan sebutan serta beberapa matlamat
yang lain.
Dewan Bahasa dan Pustaka ini banyak menerbitkan buku-buku sastera
dan juga kamus untuk membantu orang ramai menyemak makna dan ejaan sesuatu
perkataan itu dengan tepat. Pada era globalisasi yang penuh dengan teknologi
ini, portal ekamus.dbp.com dapat dicapai
di laman sesawang. Hal ini, sangat memudahkan orang ramai kerana mereka tidak
perlu lagi membawa kamus DBP yang tebal itu. Ini menunjukkan kemajuan DBP
mengikut peredaran zaman walaupun ia telah ditubuhkan bertahun lamanya.
Jadi, itulah serba sedikit tentang Dewan Bahasa dan Pustaka. Semoga memberi manfaat. In sya Allah... Sehingga berjumpa lagi..
No comments:
Post a Comment