Assalamualaikumππ
Apa khabar semua? Moga di bawah lindungan rahmat Allah
sentiasaπΈ
Dalam beberapa hadis ada menyebutkan kelebihan atau fadhilat
saf yang pertama itu, di mana jika mereka mengetahui akan kelebihannya, nescaya
mereka akan berebut-rebut untuk mendapatkannya.
Dalam hadis yang lain sabda Baginda yang maksudnya :
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan
selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap
makmum-makmum di baris pertama”.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
Sepakat para fuqaha bahawa saf yang afdhal atau lebih utama
bagi lelaki sama ada bersama mereka kanak-kanak atau perempuan adalah saf yang
pertama. Begitu juga bagi perempuan yang tidak bersama mereka makmum lelaki
atau berjemaah bersama dengan lelaki tetapi ada penghalang atau tabir antara
keduanya, maka yang afdhalnya di saf yang pertama
Akan tetapi jika meluruskan saf merupakan salah satu
daripada kesempurnaan solat. Mendapat tempat solat di saf pertama ada satu
keistimewaan seperti yang telah dinyatakan dalam satu riwayat:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat
kepada makmum di saf-saf kanan”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Kadang-kadang naik hairan jugak bila ramai yang solat di saf belakang terutamanya time solat terawih...sedangkan saf depan dibiar kosong. Berebut pahala saf belakang ke camne? π
Semoga amalan kita bertambah baik lebih-lebih lagi di bulan
yang penuh dengan keberkatan ini. Aminnπ

No comments:
Post a Comment