Tuesday, May 7, 2019

KEDATANGAN SYAHRUN NAJAH





بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنامحمد


Assalamualaikum, apa khabar semua.. semua puasa ke tu? jom semua kita hayati hadis dkt bwh ni😃


عن أبي هريرة : قال قال رسول الله : إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ ، صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَاب ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَاب ، وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ




Apabila telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah Syaitan dan Jin, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu pun yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintu pun yang tertutup, lalu terdengarlah seruan ; “Wahai orang yang ingin kebaikan maka lakukanlah, wahai orang yang ingin kejahatan maka kurangilah. Dan di sisi Allah terdapat senarai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, dan begitulah terjadi pada setiap malam(Ramadhan)”

Syahrun Najah iaitu Bulan Kemenangan atau Pembebasan yakni bulan saat orang-orang yang berpuasa dibebaskan atau dijauhkan dari azab api neraka.
Alhamdulillah, kita telah ditemukan dengan bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh setiap ummat Islam di seluruh dunia. Ini kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk setiap anak Adam meningkatkan keimanan dan ketakwaan😊

Semoga kita semua peroleh kejayaan di bulan yang mulia ini dan ditemukan juga dengan bulan Syawal yang akan menyusul nanti.😊💗

No comments:

Post a Comment